Dilarang Copy Paste

Sabtu, 9 November 2019

Contoh Tugasan Pembagunan Pemasaran


CONTOH TUGASAN PEMBANGUNAN PEMASARAN
1.0              LATAR BELAKANG SYARIKAT
Express Design yang bertapak di Kelantan merupakan sebuah syarikat atau pengusahaan percetakan baju. Syarikat kami menawarkan pelbagai jenis reka bentuk dan corak kepada pelanggan. Kualiti dakwat yang tahan lama dan kepelbagaian reka bentuk corak serta kualiti kain yang di import merupakan keistimewaan syarikat kami. Oleh itu, syarikat kami lebih focus kepada kualiti dan keistimewaan penghasilan untuk kepuasan hati pelanggan. Dengan ini, kami menjadikan nama Express Design sebagai nama syarikat kami supaya pelanggan dapat mengenal produk yang kami tawarkan.
Syarikat kami merupakan syarikat utama yang berpangkalan di Pasir Mas. Kami telah membuka sebanyak 5 kedai yang menyediakan perkhidmatan percetakan baju di seluruh negeri didalam Malaysia. Antaranya adalah di Kelantan, Terengganu, Pahang, johor, kuala lumpur. Selain itu, cetak baju kami mendapat sambutan memberangsangkan dari luar Negara iaitu sempadan Thailand (Golok)
Kelebihan yang ada daripada Express Design ialah penghasilannya cetak baju original daripada daerah Pasir Mas yang mana peralatan yang di import dari Thailand dan dicetak di pasir mas Kelantan.

2.0              LATAR BELAKANG PENGURUS PEMASARAN
Nama                           : DORRIS YENG
No Kad Pengenalan    : 931114-03-XXXX
Alamat                         : Jalan Engku Muda Syed Daud, Batu Tiga Repek, 17070 Pasir  Mas Kelantan
Jawatan                       : Pengurus Pemasaran Express Design
Tahap Pendidikan      : Ijazah Pengurusan Pemasaran
Pengalaman Kerja     : pam minyak, buruh kilang kayu, dan jurujual perabot,


3.0              MISI DAN VISI SYARIKAT

3.1              Misi

Menawarkan percetakan baju yang berkualiti tinggi setaraf jenama terkemuka dan memenuhi cita rasa penduduk Malaysia yang mempunyai pelbagai kaum dan budaya.

3.2              Visi

Menjadikan syarikat percetakan baju yang terbesar di Malaysia dan mampu memasuki beberapa Negara luar seperti Thailand, Indonesia, Brunie, Dan Singapure.


4.0              TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

·         Strategi periklanan dan promosi.
·         Kajian pasaran
·         Membuat penilaian prestasi syarikat.
·         Meningkatkan jualan produk
·         Mengenalpasti kehendak pelanggan.

5.0              PRINSIP DAN MATLAMAT SYARIKAT
5.1              Prinsip:
·         Memberikan layanan terbaik kepada setiap pelanggan.
·         Memastikan pelanggan sentiasa  berpuas hati dengan perkhidmatan kami.
5.2              Matlamat:
·         Mendapat lebih banyak pelanggan.
·         Menarik usahawan lain untuk bekerjasama bagi menambah cawangan di tempat lain.
·         Menjadikan produk kami terkenal seluruh Malaysia, serta Negara-negara berhampiran.


6.0              PROSES PEMASARAN

7.0              STRATEGI PEMASARAN 4P
PRODUK
PRODUCT
HARGA
PRICE
PROMOSI
PROMOTION
TEMPAT
PLACE
Cetak baju
Seimbang dengan harga pasaran, mampu milik
Potongan harga bagi tempahan 30 unit ke atas
Kawasan Perindustrian Apam, Lubok Jong 17000 Pasir Mas Kelantan

7.1              Produk
Syarikat kami mengeluarkan produk yang berkualiti tinggi yang mampu bersaing dengan produk lain. Kami lebih focus kepada kehendak pelanggan supaya produk yang kami tawarkan memenuhi citarasa pelanggan. Kami sering melakukan kajian dan perbandingan produk supaya kami dapat mengeluarkan produk yang lebih berkualiti. Berikut adalag senarai produk yang kami syarikat kami sediakan.
Bil
Produk (baju)
1
T-shirt biasa tak berkola lengan pendek
2
T-shirt biasa berkola lengan pendek
3
T-shirt biasa tak berkola lengan panjang
4
T-shirt biasa berkola lengan panjang
5
Jersi tak berkola lengan pendek
6
Jersi berkola lengan pendek
7
Jersi tak berkola lengan panjang
8
Jersi berkola lengan panjang



  
Bekalan Bahan Cetak
Bil
Pembekal
Lokasi
baju /aksesori/dakwat
Terma
(Kredit/Tunai)
1
Earring
Bangkok
baju
Tunai
2
Nagoya
Shah Alam
baju
Tunai
3
Chantek Aksesori
Sungai Buloh
Aksesori
Tunai
4
Shen Tai, Ghuangzou
China
dakwat
Tunai

7.2              Harga
Harga produk yang kami tawarkan adalah berpatutan yang dapat bersaing dengan produk lain. Harga kami tawarkan mengikut kualiti produk dan tidak membebankan pengguna. Setiap pengiraan harga telah kami lakukan terlebih dahulu sebelum pengeluaran produk supaya target pemasaran harga kami tidak lari dan cuba merendahkan harga jualan kepada pelanggan serta mendapat keuntungan yang bertatutan.

Bil
Produk (baju 1unit)
Harga (RM)
1
T-shirt biasa tak berkola lengan pendek
10
2
T-shirt biasa berkola lengan pendek
12
3
T-shirt biasa tak berkola lengan panjang
12
4
T-shirt biasa berkola lengan panjang
15
5
Jersi tak berkola lengan pendek
15
6
Jersi berkola lengan pendek
17
7
Jersi tak berkola lengan panjang
17
8
Jersi berkola lengan panjang
20
7.2.1        KOS BAGI T-SHIRT BIASA
7.2.1.1  Kos Anggaran Jualan Produk
MASA
Kuantiti × harga
Jumlah(RM)
Minggu
500unit × RM20
10 000
Bulan
2 000unit × RM20
40 000

7.2.1.2  Kos Pengeluaran Produk
MASA
Baju  (RM10unit)
Upah (RM)
DAKWAT (RM)
SAMPINGAN (RM)
Jumlah (RM)
Minggu
500unit
1 500
1 200
500
8 200
Bulan
2 000unit
6 200
5 000
2 000
33 200

7.2.1.3  KOS ANGGARAN KEUNTUNGAN
MASA
KOS JUALAN – KOS PENGELUARAN (RM)
JUMLAH (RM)
MINGGU
10 000 – 8 200
1 800
BULAN
40 000 – 33 200
6 800

7.2.2        KOS PERMULAAN PROJEK
7.2.2.1  PERBELANJAAN PERMULAAN
BARANGAN
HARGA (RM)
Lesen perniagaan
1250
Minyak
300
Elektrik
800
Sewa lori
150
Khusus cetak baju
1500
Air
1000
Telefon
150
Strimeyx
40
JUMLAH
5190

7.2.2.2  PEMBELIAN ASET TETAP
BARANGAN
HARGA(RM)
Kipas dinding
Rm 600
Air cond   (2 x RM 1 700)        
RM 3 400
Mikser  (1x RM 3 500)            
RM 3 500
Cctv (4 x RM 600)        
RM 2 400
Van terpakai
RM 8 000
Kerusi & meja             
RM 4 900
Alam (5 x RM 350)              
RM 1 750
Mesin fotostat              
RM 2 000
Mesin juru wang (2 x RM600)
RM 1 200
 Komputer (4 x RM 1 500)       
RM 6 000
Kedai   
RM 150 000
Meja & kerusi pejabat        
RM 2 200
Mesin punch kad  
RM 800
LAIN-LAIN
RM 3 000
JUMLAH
RM 189 750

7.2.2.3  Perbelanjaan Pemasaran
Barangan
Harga(RM)
Kad perniagaan
300
Kertas iklan
200
Jumlah
500

7.3              Promosi
Syarikat kami melakukan pelbagai jenis promosi bagi memastikan produk kami dikenali dan mendapat perhatian oleh pelanggan. Promosi ini juga untuk mengekalkan pelanggan serta menambahkan bilangan pelanggan. Setiap promosi dibuat adalah untuk memenuhi citarasa pelanggan. Syarikat kami menggunakan pelbagai jenis promosi untuk menarik perhatian pelanggan.
7.3.1        Pengiklanan
Jenis pengiklanan yang kami buat adalah kami menggunakan poster dan banner yang dilekatkan di setiap kawasan perumahan yang berhampiran dengan premis cetak baju kami. Ianya bertujuan untuk memberitahu pelanggan mengenai kewujudan cetak baju kami di kawasan mereka.
7.3.2        Promosi jualan
Syarikat kami menyediakan promosi jualan. Antaranya, potongan harga dan kad keahlian. Ianya bertujuan untuk menarik hati dan perhatian pengguna untuk menggunakan produk kami
Jenis promosi
Tahap potongan harga(%)
Akhir tahun
20
Tempahan 30 unit keatas
10
Kad keahlian
10 keatas

7.3.3        Pemasaran Internet
Syarikat kami menggunakan laman sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram dan pelbagai lagi.tujuannya untuk memperluaskan jualan kami hingga ke seluruh Malaysia. Penggunaan cara ini lebih mudah dan menggunakan kos yang sangat rendah. Kami menyediakan tempahan online kepada pelanggan. Segala maklumat mengenai cetak baju dicatatkan di dalam pengiklanan tersebut.

7.4              Tempat
7.4.1        Lokasi premis
Kawasan Perindustrian Apam, Lubok Jong 17000 Pasir Mas Kelantan.
Kawasan ini strategi kerana ia merupakan tempat tumpuan pelanggan untuk pembelian barangan borong. Hal ini kerana kawasan itu teletak berhampiran Kolej Kemahiran Tinggi Mara, Kem Panglima Pusu 40, sekolah SMK Panglima Raja dan persekitarannya dipenuhi dengan kilang-kilang.

7.4.2        Peta Lokasi
Epul Cetak Baju Pasir Mas

7.4.3        Waktu operasi perniagaan
Waktu Perniagaan : 8.00 Pagi hingga 5.00 Petang
Hari Cuti                : setiap Jumaat dan Cuti Umum
7.4.4        Gambar premis


8.0              PESAINGAN
Persaingan merupakan perkara biasa dalam perniagaan. Bagi memasuki perniagaan ini, kami perlu bersaing dengan lebih dari segi mutu dan kualiti. Pelanggan akan memilih perkhidmatan yang berkualiti dan harga yang berpatutan. Kualiti dari segi kebersihan juga perlu diutamakan. Kami memiliki pesaing yang amat ramai kerana industri percetakan baju merupakan industri yang makin meluas zaman ini.
Terdapat pelbagai pesaing yang kami perlu bersaing sama ada dari segi pemasaran ataupun kualiti produk. Setiap cawangan kami mempunyai pesaing yang berbeza beza. Oleh itu, kami lebih focuskan apa yang pelanggan kehendak supaya pelanggan berpuas hati dengan produk yang kami tawarkan.

9.0              SASARAN PASARAN
9.1              Pelajar
·         Kebiasaannya pelajar akan mencetak baju bagi pertubuhan kelab atau kumpulan.
·         Kuasa membeli lebih besar dan berkemampuan untuk membeli produk kami.
9.2              Di pasaraya besar
·         Setiap pasaraya besar memiliki reka bentuk dan corak baju tersendiri supaya pelanggan dapat membezakan antara pekerja dengan pelanggan.
·         Pasar raya besar akan membuat percetakan secara terus menerus kerana pekerja pasar raya sentiasa bertukar-tukar.

9.3              Badan beruniform atau kelab
·         Biasanya golongan ini gemar untuk membuat percetakan baju kerana menjadi bukti dan kenangan sebagai simbol aktiviti yang mereka jalankan.
·         Semakin banyak kelab ditubuhkan, semakin memberangsangkan prestasi syarikat kami.

10.0          ANALISIS S.W.O.T
KEKUATAN
KELEMAHAN
PELUANG
HALANGAN
Harga berpatutan
Mempunyai satu jenis produk sahaja.
Menjadi trend zaman sekarang
Terlalu ramai pesaing.
Kualiti tinggi
Memerlukan masa untuk penghasilan produk
Mempunyai ramai peminat.
-
Reka bentuk dan corak mengikut cita rasa pelanggan
Banyak syarikat seakan sama dengannya
Menjadi kepentingan sesetengah pihak
-


11.0          TINJAUAN PEMASARAN
Syarikat kami melakukan tinjauan pemasaran bertujuan memperoleh maklumat terkini mengenai keadaan semasa pemasaran. Maklumat yang diperoleh sangat penting kepada syarikat kami kerana ianya merupakan pemerhatian terhadap keadaan semasa ekonomi sesebuah negara. Selain itu, ianya membantu syarikat kami untuk melakukan ramalan mengenai potensi dan prestasi perkhidmatan kami dengan pesaing. Terdapat beberapa aspek yang digunakan dalam melaksanakan proses peninjauan pemasaran ini seperti keperluan dan permintaan pasaran, pesaing terdekat, sasaran pasaran, kekuatan dan kelemahan produk sedia ada dan saham pasaran.

11.1          Keperluan Dan Permintaan Pasaran
Mata wang negara mempengaruhi pengeluaran produk. Oleh itu, Syarikat seharusnya peka dengan keperluan pengguna dengan melakukan kaedah soal-selidik untuk mengetahui permintaan tertinggi semasa. Hal ini kerana, citarasa dan keinginan pengguna sentiasa berubah. Selain itu, ramalan terhadap citarasa dan kemahuan pengguna pada masa akan datang  juga boleh dilakukan supaya dapat membantu syarikat memenuhi kehendak pelanggan.

11.2          Pesaing terdekat
Melakukan kajian dan analisis terhadap prestasi pasaran produk syarikat dengan persaingan yang berdekatan. Oleh itu, syarikat kami sering melakukan perubahan strategi pemasaran supaya berbeza dengan syarikat persaingan. Tujuannya adalah untuk menjadikan syarikat kami unit dan berbeza. Setiap keunikan yanag dibuat merupakan imej syarikat kami yang sentiasa dikenali pelanggan.

11.3          Sasaran pasaran
Sasaran produk kami adalah jantina, kaum, geografi, umur dan lain-lain. Potensi pasaran untuk satu-satu kawasan dan dalam suatu jangka masa tertentu diambil kira untuk melihat siapa sasaran pengguna tertinggi yang mengguna perkhidmatan syarikat. Hal ini bertujuan untuk menentukan kadar pengeluaran produk mengikut jumlah pengguna pada satu-satu masa seterusnya menentukan pengguna setia dan menjadikan produk syarikat kami sebagai pilihan utama.


12.0          LAPORAN RINGKAS AKTIVITI PEMASARAN

12.1          Misi Sukarelawan Bantuan Banjir 2014
Tempat    : Pusat pemindahan banjir Pasir Mas
Masa        : 8.00 am – 5.00 pm
Tarikh      : 26 Disember 2014
Promosi   : Mengagihkan T-Shirt kepada Mangsa Banjir.

12.2          Membuat Tajaan Perkhemahan Agong Unit Beruniform Sekolah Diperingkat Daerah
Tempat    : Tok Bali
Masa       : 8.00 am – 6.00 pm
Tarikh     : 12-15 Julai 2016
Promosi  : Menaja barangan kemudahan aktiviti sukan

13.0          KESIMPULAN
Apa yang syarikat kami usahakan akan mendapat kesan positif pada masa akan datang. Kami berharap syarikat kami akan kekal dan terus maju dalam bidang perniagaan percetakan baju ini dan mampu bersaing dalam peringkat globalisasi. Segala objektif, misi, dan visi yang menjadi focus syarikat akan kami usahakan supaya apa yang diinginkan tercapai dengan cemerlang. Pelbagai rintangan dan halangan yang kami tempuhi dalam tempoh membangunkan syarikat ini menjadi satu inspirasi untuk kami bekerja lebih gigih.


14.0          PENGESAHAN
Diatas sokongan ahli keluarga dan para sabahat yanag memberi semangat serta bimbingan serta nasihat dalam perniagaan ini. Selain itu, komitmen yang penuh oleh pekerja yang membuahkan hasil positif dalam pekerjaannya. Kesannya, pelanggan berpuas hati dengan perkhidmatan yang di tawarkan.
Syarikatan ini telah menjalankan kajian ke atas pelanggan mengenai kepuasan dan kehendak mereka. Maklumat yang diperolehi akan di kaji dan akan menawaran produk mengikut cita rasa pelanggan. Segala maklumat disalurkan terus kepada bahagian pemasaran dan perkhidmatan bagi memasarkan dan memberi perkhidmatan mengikut kepuasan pelanggan. Oleh itu, Syarikat Express Design menjadi syarikat pilihan banyak pelanggan dan ini merupakan hasil yang membuahkan menjadikan syarikat ini tetap kukuh sehingga sekarang.
Laporan yang dibentangkan ini adalah benar dan menepati syarat dan kehendak syarikat sepanjang tempoh operasi bagi tahun 2016.



Sekian terima kasih.


Disediakan oleh,


……………………………….
(DORRIS YENG)
Pengurus Pemasaran,
SYARIKAT EXPRESS DESIGN.


Selasa, 24 September 2019

Membangunkan Pengambilan Pekerja/ Develop Personnel Recruitment.

Membangunkan Pengambilan Pekerja/  
Develop Personnel Recruitment.

RELATED KNOWLEDGE
1.1 Job Specification
 Details

1.2 Job Description
 Details

1.3 Staff employment job analysis such as:-
 Process & resources utilization for identifying employment needs in vehicle sales operation
 Vehicle sales employee job working condition
 Vehicle sales employee job prospect & benefits
 Vehicle sales employment advancement

1.4 Staff occupational scopes and duties strategy formation such as:-
 Understanding and demonstrating characteristics, capabilities, and features; developing and qualifying buyers; closing sales
 Maintaining rapport with previous customers; suggesting tradeins; meeting prospects at
community activities; greeting drop-ins; responding to inquiries; recommending sales campaigns and promotions
 Capability to explain legislative compliances to clients on vehicle sales

1.5 Human resources recruitment such as:-
 Legislative & labour condition
 Protocol & process of employees acquiring, training, appraising, and compensating
 Recruitment process

1.6 Manpower competency enhancement & enrichment policies such as:-
 Recruitment
 Training terms
 Motivation
 Enhancement & enrichment programs

1.7 Manpower job description and employment plan such as:-
 Jobs profiling
 Occupational analysis
 Task analysis

1.8 Recruitment plan & staffing policies such as:-
 Compensation benefits
 Welfare & increment
 Contract terms
 Grievances & prosecution

1.9 Recruitment and selection programs such as:-
 Recruitment agent
 Interview

1.10 Vehicle sales personnel deployment protocol such as:-
 Work planning
 Deployment orientation
 Scheduling
 Coaching
 Monitoring

RELATED SKILL

1.1 Identify human capital requirement.
1.2 Carry out job analysis
1.3 Establish occupational scopes and duties.
1.4 Analyse manpower occupational capacity and capability.
1.5 Ascertain manpower competency prerequisite.
1.6 Create job description and employment profiling.
1.7 Summarise deployment tasks and duties.
1.8 Conduct recruitment and selection strategies plan.
1.9 Draft recruitment plan.
1.10 Conduct personnel deployment orientation plan.






Selasa, 30 Julai 2019

KELAYAAN SKM & GAMBAR SIJIL

Jadual 2: Tempoh Minimum Pengalaman Kerja



Jadual 3: Tahap persijilan yang layak dipohon


Jadual 4 : Tempoh Minimum Pengalaman Kerja Bagi Pemegang Sijil Kemahiran /
Kelayakkan Lain Yang Diiktiraf

Contoh Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 1, 2 & 3

Contoh Diploma & Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia

Ahad, 28 Julai 2019

LANGKAH-LANGKAH MENUKAR MINYAK PELINCIR KERETA.


LANGKAH-LANGKAH MENUKAR MINYAK PELINCIR KERETA.
Dalam melakukan kerja menukar minyak pelincir kereta, anda perlulah mempunyai sedikit pengetahuan dalam bidang kerja ini. Jika anda memang tiada langsung ilmu tersebut, maka di sini ada sedikit tips atau langkah kerja untuk menukar minyak pelincir kereta.

Keperluan:

Bahan :
1) Minyak Pelincir Enjin
2) Penapis Minyak Pelincir (Oil Filter)
3) Drain Plug Washier

Alat/Perkakas :

1)      Item Perlindungan Kederaan
·         Pelapik sisi kenderaan (Fender Cover)
·         Lapik Lantai ( Floor Mats)
·         Seat Cover (Pelapik kusyen)
·         Steering Cover (Pelapik Stereng)

2) Peralatan Perlindungan Diri
·         Baju Bengkel
·         Sarung tangan (kain)
·         Kasut keselamatan (Safety Boot)               

3) Alatan Tangan
·         Common Ring @ Socket Spannar
·         Special Tool (Pembuka Penapis minyak pelincir)

4)  Penyangga
·         Jek buaya 
·         Penyangga Keselamatan (Safety Stand)

5) Takungan minyak (waste oil pan)

6) Kain perca (Cotton waste)

Metodologi :
1) Pastikan mengikut manual kenderaan tersebut ( Bagi kenderaan yang tertentu) .
2) Memasang peralatan perlindungan kenderaan dan memakai peralatan perlindungan diri

 
Fender Cover
Seat Cover
Floor Mats
Steering Cover
Pakaian Bengkel
 
Kasut keselamatan
 
Sarung Tangan

3) Jek kenderaan menggunakan hidraulik jek/jek buaya

4) Memasang sangga keselamatan (Safety Stand)
Pastikan stand diletakkan pada kedudukan yang betul dan rata pada bahagian bawah kenderaan supaya lantai kenderaan tidak kemek (Rujuk buku manual kenderaan sekiranya ada)      

5) Membuka skru buangan minyak pelincir (drain plug) pada bahagian takungan minyak enjin ( Oil Sump)
Minyak buangan tadi ditakung menggunakan bekas dan pastikan tidak melimpah. Buka penutup tempat pengisian minyak untuk tujuan pengaliran udara supaya minyak mengalir keluar dengan lancar.



6) Membuka penapis minyak pelincir (Oil Filter)
Spanar khas diperlukan untuk membuka penapis minyak ini (Oil filter wrench)

7) Memasang semula drain plug dan oil filter (yang baru)

8) Jek kenderaan dan keluarkan sangga keselamatan, kemudian turunkan kenderaan.

9) Memasukkan minyak pelincir yang baru pada bahagian pengisian minyak.
Gred Minyak enjin yang digunakan hendaklah mengikut kesesuaian enjin. (rujuk manual servis kenderaan)

10) Menyukat kuantiti minyak pelincir yang dimasukkan melalui penyukat minyak pelincir (oil dipstick)
Pastikan minyak berada pada aras penuh pada bahagian penanda aras dipstick.

11) Start enjin kenderaan dan lihat kebocoran pada bahagian drain plug dan oil filter jika ada.

12) Menampal pelekat servis pada cermin kenderaan untuk tujuan servis seterusnya.