Dilarang Copy Paste

Ahad, 16 Mei 2021

BAB 2 : BROKER FOREX

 BAB 2 : BROKER FOREX

2.1 PANDUAN MEMILIH BROKER FOREX

Broker forex merupakan satu syarikat atau badan yang akan menguruskan BUY/SELL kita ke pasaran forex. Forex broker bukan semuanya betul. Terdapat yang betul dan ada yang tidak betul. Ciri-ciri utama untuk mencari broker forex, perlulah forex broker yang sah berdaftar dengan Regulator yang kukuh. Regulator ini kebiasaannya adalah pihak badan kerajaan yang mengawal institusi kewangan di rantaunya. Antara contoh badan regulator yang kukuh dan bagus ialah:

 

  • FCA/FSA dari United Kingdom
  • NFA dari United States
  • Commodity Futures Trading Commission (CFTC) dari US
  • CySec dari Cyprus
  • ASIC dari Australia
Badan-badan regulator di sebutkan di atas adalah antara badan-badan regulator yang tegas dalam menangani jika ada salah laku dari pihak broker. Jadi jika kita menggunakan broker yang berdaftar dengan badan regulator di atas, bermaksud dana deposit modal kita lebih selamat dan jika terjadi apa-apa yang tidak diingini, kita ada tempat untuk mengadu.


2.2 
KENALI BROKER FOREX SCAM

Semenjak akhir-akhir ini banyak forex broker yang muncul tetapi entah dari mana, menawarkan aktiviti forex trading, tetapi sebenarnya hanya sebuah syarikat yang didaftarkan di kepulauan bebas cukai secara maya, mempunyai alamat virtual office, tetapi sebenarnya tidak wujud pun office tersebut. Maksudnya office di tempat lain. Kebanyakan broker ini digunakan untuk menjalankan operasi Skim Cepat Kaya.

Broker skim atau broker tipu ini mempunyai beberapa ciri berikut:

 

  • Tiada nombor lesen dari badan regulator yang besar seperti diceritakan dalam bab sebelumnya.
  • Mempunyai alamat virtual office.
  • Menawarkan pulangan pelaburan iaitu dikenali sebagai ROI(return on investment), seperti contoh sebulan 5%-20% tanpa perlu trade, just relax goyang kaki.
  • Melakukan operasi Multi Level Marketing.
  • Ada sistem pairing, kaki kanan, kaki kiri, macam MLM, dan tekankan supaya anda cari orang untuk melabur.
  • Syarikat broker ini hanya terkenal di Malaysia sahaja, tetapi tidak di rantau Eropah atau lain-lain.
  • Mempunyai leader-leader MLM, mempunyai aktiviti taja menaja dan cari orang.
  • Tidak mempunyai bank luar negara yang kukuh.
  • Cara deposit atau withdraw diuruskan oleh persendirian secara anda kena transfer duit ke akaun leader atau ketua tersebut.

 

Jadi apa yang perlu anda tahu, anda PERLU ELAKKAN daripada trade di broker jenis ini jika ada rakan yang mengajak anda. Ia akan menyebabkan proses anda menjadi forex trader sebenar melalui jalan sukar dan cara yang tidak betul.

Maklumat di atas adalah pengetahuan umum yang anda perlu tahu. Tiada jalan untuk jana income melalui forex trading ini tanpa kita trading sendiri. Kita perlu belajar satu persatu, ilmu analisa teknikal dan fundamental untuk mula jana income dari forex trading dan trade sendiri.

Tiada istilah labur duit dan duduk diam goyang kaki atau duduk diam dapat duit. Itu hanyalah mengarut.

 

 

2.3 PANDUAN BUKA AKAUN FOREX

 

Mesti anda tertanya-tanya, bagaimanakah untuk membuka akaun dengan syarikat broker forex? Manakah syarikat yang kukuh dan menawarkan kemudahan berurusan, keselamatan dana, dan yang penting mempunyai badan kawal selia yang ketat untuk menjamin hak anda sebagai seorang forex trader.

 

Jangan risau, tak perlu pening-pening! Ikuti sahaja panduan dan broker pilihan dari kami ini.  Pemilihan syarikat broker dibuat berdasarkan pertimbangan kesesuaian tahap pengalaman trading anda.

 

RINGKASAN TENTANG BROKER PILIHAN

 

Broker pilihan kami ialah MULTIBANK GROUP

MENGAPA MEMILIH MULTIBANK GROUP?

Multibank Group telah berjaya menguasai dunia perdagangan. Syarikat ini telah mengetuai dan membentuk industri mata wang asing dan tanpa henti mencipta produk,servis dan platform perdagangan yang cemerlang. Antara kelebihan syarikat ini ialah:-

  1. PENGAWASELIAAN DIKAWAL KETAT SELURUH 5 BENUA - Dikawal secara terperinci oleh 11 pengawaselia kewangan seluruh dunia merangkumi pelbagai bidang kuasa, menjamin perlindungan para pelabur. Dikawal selia oleh ASIC, FSC, DFSA, CNMV, FMA, BaFin dan CIMA
  2. MODAL BERBAYAR MELEBIHI US$ 322 JUTA - Berikutan modal berbayal terkumpul, kami dikenali seluruh dunia sebagai pembekal derivatif kewangan atas talian terbesar.
  3. Mendapat anugera daripada 
  4. Mempunyai lesen seperti berikut:
ASIC - MEX AUSTRALIA (MEX EXCHANGE) - MEX Australia Pty Ltd (MEX Exchange), with Australian company number (ACN) 155 084 058, is authorized and regulated by the Australian Securities & Investments Commission (“ASIC”) with AFSL number 416279. MEX Exchange is a registered business name of MEX Australia Pty Ltd.

BaFin - MEX ASSET MANAGEMENT (GERMANY) - MEX Asset Management GmbH is authorized and regulated by the German Federal Financial Supervisory Authority (“BaFin”) with license number HRB 73406.

FMA - MEX ASSET MANAGEMENT (AUSTRIA) - MEX Asset Management GmbH (Austria) is the Austrian branch of our German asset management company, with license number 491129z.

CNMV - MEX SPAIN- MEX Spain is MultiBank’s Spanish branch based out of Barcelona, Spain, and is regulated by the National Securities Market Commission (“CNMV”).

DFSA - MEX AUSTRALIA PTY LTD - DIFC BRANCH - MEX Australia Pty Ltd-DIFC is authorized and regulated by the Dubai Financial Services Authority (“DFSA”) under the registration number F004403. 

FSC - MULTIBANK FX INTERNATIONAL - Multibank FX International Corporation is authorized and regulated by the Financial Services Commission of the British Virgin Islands (“FSC”) with license number SIBA/L/14/1068.

CIMA - MEX WEALTH MANAGEMENT (DORMANT) - MEX Wealth Management (Dormant) is our subsidiary in the Cayman Islands, and is regulated by the Cayman Islands Monetary Authority (“CIMA”).


MultiBank telah ditubuhkan di California, Amerika Syarikat pada tahun 2005. Sejak pelancarannya, MultiBank telah berkembang menjadi salah satu pembekal derivatif kewangan dalam talian terbesar di seluruh dunia, dengan modal berbayar semasa melebihi US $ 322 juta. Syarikat ini melayani pangkalan pelanggan yang luas melebihi 280,000 pelanggan dari 90 negara di seluruh dunia.

DOKUMEN YANG ANDA PERLU SEDIAKAN

Adakah anda tahu sebelum anda boleh deposit akaun forex, untuk memulakan trading, anda perlu mempunyai mengesahkan identity anda.

FBS akan minta anda mengesahkan email anda, nombor hp dengan menghantar SMS dan pengesahan identity. Untuk pengesahan identity anda hanya perlu mempunyai gambar hadapan IC anda.

Dokumen Confirm Identity

Ia adalah dokumen untuk membuktikan pengenalan diri kita. Di sini kita boleh menggunakan kad pengenalan sebagai bukti yang kita daftar akaun menggunakan nama betul.

Anda hanya perlu snap picture bahagian hadapan IC anda menggunakan smartphones. Mudah dan pantas! Pastikan gambar tersebut jelas.

 

PANDUAN BUKA AKAUN REAL

Anda boleh terus membuka akaun real, jangan takut. Akaun demo dan sebagainya anda boleh “Add On” kemudian kerana di FBS ia menggunakan system “satu login” untuk pengurusan semua akaun.

Step 1: 

Sila klik di sini – KLIK SINI

Step 2 : 

Isi borang tersebut dan proceed sahaja sehingga habis step.

Step 3 :

Jangan lupa juga untuk check email untuk verify akaun anda ya!

 

 

 

PLATFORM TRADING

Link untuk download platform trading, ada dihantar ke email anda selepas anda sudah daftar akaun trading seperti arahan di atas.

Jadi anda mesti daftar dahulu akaun dengan klik button di atas, dan isi kesemua details untuk pendaftaran sebelum bermula.

Dibawah adalah contoh bergambar tentang email yang anda akan terima mempunyai details akaun anda.

KESIMPULAN

Ramai trader yang memulakan langkah dalam forex trading dengan betul, belajar cara betul, teknik betul, cuba berhati-hati dan sebagainya, tetapi apabila PEMILIHAN BROKER YANG BETUL tidak dititikberatkan, ramai yang menjadi mangsa.

Banyak kes yang dilaporkan kepada pihak kami, mereka terkena dan terpedaya dengan broker-broker yang tidak kukuh. Sehingga ada juga yang tak boleh withdraw profit selepas berhempas pulas dalam bidang ini.

Inilah menjadi kerisauan kami, apabila ramai trader memilih broker yang tidak betul.

Oleh sebab itu, kami cadangkan anda perlu daftar akaun di broker yang dicadangkan pihak kami iaitu Broker FBS.

Jadi ikuti saja panduan yang kami berikan ini tanpa pening kepala kemudian hari, dan daftar menggunakan link di atas untuk anda sentiasa selamat. Kami akan sedia membantu anda!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan