1.1 APA ITU FOREX ?
Forex adalah
foreign exchange. Singkatannya ialah FOREX.
Apa maksud forex trading? Forex trading ialah “aktiviti
perniagaan” tukar beli matawang. Maksudnya kita “berdagang” matawang, untuk
tujuan mendapatkan keuntungan.
Suatu situasi
untuk anda memahaminya ialah, katakan kita ke money changer. Hari ini anda membuat pertukaran dengan harga adalah
RM4.40 bagi setiap USD1.00. Anda perlukan RM440 bagi mendapatkan USD100. Katakanlah
bulan hadapan nilai USD semakin mahal, iaitu USD1.00 bersamaan
dengan RM4.60. Maka dengan itu, jika anda membuat pertukaran USD100 anda, anda
akan memperolehi keuntungan, kerana anda akan menerima RM460 dari money changer tersebut. Anda telah
membuat untung sebanyak RM20.
Kini,
pada zaman serba pantas ini, semua aktiviti dilakukan secara online saja. Terdapat platform trading, dimana anda boleh melihat
harga naik dan turun matawang. Perkara ini dilakukan dengan cara, anda perlu
masukkan duit sebagai modal. Ada butang BUY
dan SELL. Gunakan modal anda, bagi masuk dan keluar ke pasaran mata wang
(market) mengikut analisa anda, untuk menjana keuntungan.
Forex trading ini,
dikendalikan secara online melalui platform trading. Kita hanya perlukan
komputer/ telefon pintar dan talian internet untuk trade forex. Pasaran forex
ini dibuka 5 hari seminggu dan 24 jam sehari. Bermula dari 5:00 pagi pada hari Isnin
hingga pukul 5:00 pagi pada hari Sabtu. Bermakna, anda mempunyai kebebasan
untuk trade forex pada bila-bila masa
sahaja yang anda rasakan sesuai.
Jika
anda mempunyai pekerjaan dan berkerja pada pukul 8:00 pagi hingga pukul 5:00
petang, Anda masih mempunyai masa untuk melakukan aktiviti trading pada sebelah malam. Begitu juga jika anda seorang pekerja pada
waktu shift, pasaran forex dibuka 24 jam sehari. Maka anda tidak
perlu risau, pada bila-bila masa sahaja anda boleh trade forex.
1.2 APA YANG DIPERLUKAN
UNTUK TRADE FOREX
Anda hanya perlukan
sebuah gadget, tidak kira sama ada smartphones
android/iphone, tab atau ipad, PC Desktop
atau Laptop untuk trade forex. Pendek
kata forex boleh trade melalui platform
nya dari apa-apa sahaja gadget yang
mempunyai internet.
Kebiasaanya,
untuk lebih praktikal, ramai trader
menggunakan komputer iaitu PC/Laptop
untuk lebih mudah membuat analisa, membaca pergerakan naik turun harga, dan smartphones kebiasaan hanya digunakan
untuk monitor(tinjau) posisi trading yang anda sudah masuk, sama ada sedang
rugi atau sudah untung. Boleh juga trade
menggunakan smartphones dan masuk order guna smartphones. Tetapi, pada kebiasaannya orang guna smartphones untuk monitor sahaja, sebab
mungkin kita sedang ada urusan diluar, jadi senang kita nak rujuk tengok-tengok
chart secara mobile. Orang kata “trade anytime, anywhere :D”.
Platform
yang biasa dan paling popular digunakan ialah MT4 keluaran MetaTrader.
Kebanyakan broker forex menggunakan
platform ini. Jadi platform inilah
anda perlu install ke PC/Laptop dan
kalau ada smartphones, boleh juga install.
Jadi
dengan hanya ada komputer(pc/laptop) atau smartphones
dan line internet, bermaksud anda
sudah boleh memulakan “bisnes forex trading anda”. Trade anytime, anywhere.
1.3 PERBEZAAN FOREX DAN
SAHAM
Berikut adalah beberapa perbandingan antara forex dengan saham. Tujuannya adalah untuk anda memahami perbezaan
saham dengan forex. Saya letakkan
dalam perbandingan agar anda faham apa perbezaan forex dan saham.
- Modal
permulaan - Forex memerlukan modal permulaan yang sangat minimum,
iaitu serendah USD50 atau sekitar RM200 anda sudah mampu untuk memulakan
perniagaan forex trading.
Sebaliknya jika saham, anda perlu mempunyai modal yang besar sekitar
RM1,000 sehingga RM3,000 hanya untuk bermula trade saham.
- Pasaran
dua hala - Anda
boleh mendapatkan keuntungan walaupun harga pasaran naik dan turun, iaitu
anda mempunyai manfaat untuk pasaran dua hala. Naik pun boleh untung.
Turun pun boleh untung. Manakala pasaran saham pula, anda hanya boleh
untung jika harga kaunter saham tersebut naik. Jika turun anda akan
mengalami kerugian. Hanya sehala.
- Tidak
Berhutang - Anda
hanya akan rugi sebanyak modal yang anda laburkan dan anda tidak akan
berhutang lebih daripada nilai tersebut, sebaliknya jika pasaran saham,
ada pilihan dengan membeli saham menggunakan hutang dahulu, dan akan jadi
masalah jika saham tersebut tidak memberikan keuntungan.
- Analisis
matawang utama sahaja - Dengan
forex trading, anda tidak pening kepala memikirkan anda perlu
menganalisis beribu-ribu kaunter, atau jenis-jenis syarikat yang sangat
banyak. Dengan forex, anda hanya
perlu fokus pada 6 matawang dunia yang mempunyai pasaran yang cantik untuk
di dagangkan. Dari situ sahaja anda boleh memaksimumkan keuntungan, anda
tak perlu kaji semua matawang negara yang ada di dunia.
- Waktu
trading - Anda boleh trade pada masa yang lebih
fleksibel kerana pasaran forex buka 24 jam sehari dan berterusan 5 hari
seminggu. Manakala saham pula anda hanya boleh trade, beli dan jual pada waktu bekerja sahaja, waktu bursa di buka. Sudah tentu anda lebih
fleksibel dengan masa trading forex
berbanding saham.
1.4 KENALI MATAWANG UTAMA
DALAM FOREX TRADING
Jadual 1 : Nama singkatan mata wang utama dunia
Kesemua Matawang di atas merupakan matawang-matawang utama yang
didagangkan. Pada platfrom pasaran, anda
tidak akan melihat nama matawang sebaliknya hanyalah singkatan matawang
tersebut. Dalam forex trading,
matawang didagangkan secara pasangan, dan ia disebut sebagai ‘pair’.
Contohnya:
Pair EUR/USD. Jika anda beli pair EUR/USD pada
harga 1.9000, bermaksud anda tukarkan USD 1.90 dengan EUR 1.00.
Jenis-jenis Pasangan Matawang (Pair)
Major pair yang paling utama dan kerap didagangkan ialah EUR/USD, GBP/USD, USD/JPY, AUD/USD, NZD/USD, USD/CHF. Minor Pair pula ialah pair yang
selain daripada pair major. Tetapi di dalam pair minor ini ada pair yang
dipanggil ‘cross pair’ iaitu pair yang tidak berpasangan dengan USD.
Contohnya EUR/JPY, EUR/CHF, GBP/JPY, EUR/GBP dan
sebagainya.
1.5 WAKTU TRADING FOREX
Jadual 2 : Waktu tranding
forex
Terdapat
beberapa sesi trading yang mempengaruhi pergerakan matawang dalam 24 jam
sehari. Asia Open bermaksud sesi trading
di Asia telah dibuka pada ketika tersebut, jadi pair-pair yang aktif adalah
pair berhubung kait dengan matawang JPY,
manakala Europe Open bermaksud sesi trading
di Eropah telah dibuka dan pair yang aktif adalah pair berhubung kait
dengan EUR.
Begitulah seterusnya mengikut sesi ‘market open’ masing-masing.
Tetapi
jangan anggap pula pada ketika ini market bagi pair-pair yang sesi trading
belum open tidak bergerak. Ia bergerak, tetapi kadang kala akan menjadi pasif,
slow motion. Waktu aktif bermula pada pukul 2 petang hingga 12 malam adalah
waktu harga hampir kesemua pair bergerak pantas kerana terdapat banyak pertindihan
waktu.
Waktu
kemuncak adalah pada pukul 8.00 malam sehingga pukul 12.00 malam, anda boleh
lihat hampir 3 sesi trading bagi Europe, London dan United States bertindih.
Pada masa ini juga terdapat banyak news (berita forex) yang dikeluarkan
menyebabkan market menjadi aktif.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan