Dilarang Copy Paste

Ahad, 5 April 2020

MENGANALISIS KEMUDAHAN DAN PENGGUNAAN INVENTORI

MENGANALISIS KEMUDAHAN DAN PENGGUNAAN INVENTORI


OBJECTIVE        :  Memberi pendedahan kepada pelatih mengenai sistem      
                         pengurusan penyimpanan bahan guna habis

                       Memberi pengetahuan supaya pelatih-pelatih dapat membudayakan  
                       diri tentang tanggungjawab kerja yang diberi dengan berpandukan 
                       proses pemeriksaan inventory


MENGANALISIS KEMUDAHAN DAN PENGGUNAAN INVENTORI


1.     Definisi

Inventori – bahan mentah , barang separa siap atau barang siap yang disimpan untuk kegunaan pada masa hadapan.

Stok - ialah barang gunahabis seperti alat tulis, alat ganti bagi tujuan penyelenggaraan dan barang kelengkapan pejabat tak luak yang rendah nilainya di mana tidak ekonomik untuk dikesan satu persatu.

Aset - adalah barangan tak luak yang mempunyai jangka hayat lebih daripada setahun dan nilai/kosnya RM3000 (Nilai harga ini bergantung kepada ketetapan sesebuah syarikat) atau lebih seunit.

2.     Sumber
a)     Mengawasi aktiviti perolehan serta pengurusan stor berjalan dengan lancar, teratur dan sistematik.

b)     Setiap pembelian dibuat mengikut perancangan bagi mengawal pembaziran di mana paras stok hendaklah sentiasa dipantau seperti berikut: -

c)     Semua barang-barang hendaklah dibahagikan kepada Kumpulan A dan Kumpulan B

d)     Kumpulan A mengandungi 30% daripada barang-barang yang disimpan yang mempunyai nilai pembelian tahunan tertinggi;
     Kumpulan B mengandungi 70% bakinya.

e)     Paras stok yang harus disimpan pada satu-satu masa bagi barang-barang yang boleh dibeli di pasaran tempatan adalah seperti berikut: -

Kumpulan A

Kuantiti Stok Maksima
-
4 bulan penggunaan
Angka Menokok Stok
-
3 bulan penggunaan
Kuantiti Stok Minima
-
2 bulan penggunaan
Kumpulan B


Kuantiti Stok Maksima
-
6 bulan penggunaan
Angka Menokok Stok
-
3 bulan penggunaan
Kuantiti Stok Minima
-
2 bulan penggunaan

f)      Memastikan semua inventori dan aset diselenggara dengan teratur dan Pegawai Pengawal/Ketua Pusat Tanggungjawab hendaklah memastikan kawalan seperti berikut dilaksanakan: -

g)     Daftar-daftar (inventori, aset dan pergerakan) hendaklah disenggarakan dan semua harta hendaklah mempunyai tanda Hak dan apabila dijual pada orang awam hendaklah dipadam atau dibatalkan.

h)     Supaya semua inventori dan aset tetap hendaklah diperiksa pada setiap hujung tahun dan hendaklah menandatangani dan menarikhkan daftar yang berkenaan dan mengemukakan satu laporan kepada Bendahari. Laporan itu hendaklah mengandungi tahun diperolehi, kos, lokasi, jenis inventori/aset dan catatan

i)       Memastikan bahawa proses keusangan stok tidak dibiarkan berpanjangan dan tindakan pelupusan hendaklah disegerakan supaya tidak timbul masalah kesesakan di ruangan stor dan kerumitan dalam pengurusan stor.

j)      Memastikan Harta hanya digunakan untuk tujuan rasmi.

k)     Menginsurankan harta dengan memaklumkan kepada Bendahari dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya.

l)       Semua kos penyelenggaraan/servis harta hendaklah direkod dan dikemaskini.

m)   Melapor dan merekodkan penerimaan harta yang diterima dalam bentuk hadiah kepada Bendahari.

n)     Ketua Pusat Tanggungjawab dan pegawai –pegawai yang diberikuasa hendaklah mematuhi sepenuhnya peraturan tatacara pengurusan Harta Universiti. Kecuaian atau pelanggaran peraturan adalah terikat kepada peraturan.

o)     Membuat laporan serta-merta apabila barang didapati hilang.

p)     Mencadangkan pelupusan dengan membuat laporan kepada Jawatankuasa Pelupusan.

3.   Objektif Kawalan Inventori

a) memastikan stok berada pada tahap optimum.
b) memastikan aktiviti pengeluaran dijalankan secara berterusan.
c) memenuhi keperluan pasaran apabila diperlukan.
d) mengelakkan risiko kerosakan dan kecurian inventori.
e) meminimumkan kos pemegangan inventori

4. pengurusan inventori

Analisis ABC
– satu kaedah mengkelas tahap kepentingan inventori dalam sesebuah perniagaan.
– item dikelaskan kepada tiga iaitu kelas A, B dan C.
– item kelas A, 70% – 80% penggunaan daripada jumlah ringgit penggunaan.
– item kelas B, 15% – 25% penggunaan.
– item kelas C, 5% jumlah ringgit penggunaan.

b) EOQ (Economic Order Quantity)

– kuantiti pesanan ekonomi- menentukan  kuantiti pesanan optimum yang meminimumkan  jumlah kos berubah mengikut saiz pesanan apabila permintaan dapat diramalkan.

– andaian – andaian dalam EOQ;
i. kadar permintaan diketahui dan konsisten.
ii. item diterima sekaligus.
iii. keputusan item tidak bergantung antara satu sama lain.
iv. masa menunggu diketahui dengan pasti dan bersifat malar.
v. hanya dua kos terlibat, kos pesanan dan kos pegangan.

EOQ = Q =   √2DS
√h


c) JIT (Just In Time)

– Sistem  tepat pada masa, dikenali sebagai system inventori sifar.
– Ia mengkehendaki pembekal menghantar bekalan kepada pelanggan tepat pada masanya dengan saiz inventori seberapa minimum yang mungkin dan barang yang dikeluarkan diedarkan terus ke pasaran.

Kebaikan JIT
1.   mengurangkan kos penyimpanan inventori.
2.   Mengelakkan pembaziran  masa, tenaga dan kos.
3.   Meningkatkan kecekapan pengeluaran.
4.   Membolehkan keluaran dihasilkan tepat pada waktu.

Ciri penting JIT
1.   pengeluar mempunyai hubungan yang rapat dengan pembekal.
2.   Masa penyediaan yang pendek.
3.   Pengekalan kualiti tinggi yang berterusan
4.   Pengekalan saiz lot yang kecil.
5.   Keseragaman stesen kerja.
6.   Penggunaan komponen dan kaedah kerja yang sama.
7.   Masa bekerja fleksibel.
8.   Penyenggaraan peralatan yang baik.
9.   Mengamalkan sistem penarikan.


SOALAN

1.    Nyatakan definisi  perkara di bawah ?

a.    Inventori ________________________________________________________________________________________________________________________

b.    Aset
________________________________________________________________________________________________________________________

2.    Mengapakah pembelian bahan memerlukan kawalan
______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

3.    Senaraikan  objektif kawalan Inventori

a.___________________________________________________
b.____________________________________________________
c.____________________________________________________

Tiada ulasan:

Catat Ulasan