Dilarang Copy Paste

Ahad, 16 Mei 2021

BAB 2 : BROKER FOREX

 BAB 2 : BROKER FOREX

2.1 PANDUAN MEMILIH BROKER FOREX

Broker forex merupakan satu syarikat atau badan yang akan menguruskan BUY/SELL kita ke pasaran forex. Forex broker bukan semuanya betul. Terdapat yang betul dan ada yang tidak betul. Ciri-ciri utama untuk mencari broker forex, perlulah forex broker yang sah berdaftar dengan Regulator yang kukuh. Regulator ini kebiasaannya adalah pihak badan kerajaan yang mengawal institusi kewangan di rantaunya. Antara contoh badan regulator yang kukuh dan bagus ialah:

 

  • FCA/FSA dari United Kingdom
  • NFA dari United States
  • Commodity Futures Trading Commission (CFTC) dari US
  • CySec dari Cyprus
  • ASIC dari Australia
Badan-badan regulator di sebutkan di atas adalah antara badan-badan regulator yang tegas dalam menangani jika ada salah laku dari pihak broker. Jadi jika kita menggunakan broker yang berdaftar dengan badan regulator di atas, bermaksud dana deposit modal kita lebih selamat dan jika terjadi apa-apa yang tidak diingini, kita ada tempat untuk mengadu.


2.2 
KENALI BROKER FOREX SCAM

Semenjak akhir-akhir ini banyak forex broker yang muncul tetapi entah dari mana, menawarkan aktiviti forex trading, tetapi sebenarnya hanya sebuah syarikat yang didaftarkan di kepulauan bebas cukai secara maya, mempunyai alamat virtual office, tetapi sebenarnya tidak wujud pun office tersebut. Maksudnya office di tempat lain. Kebanyakan broker ini digunakan untuk menjalankan operasi Skim Cepat Kaya.

Broker skim atau broker tipu ini mempunyai beberapa ciri berikut:

 

  • Tiada nombor lesen dari badan regulator yang besar seperti diceritakan dalam bab sebelumnya.
  • Mempunyai alamat virtual office.
  • Menawarkan pulangan pelaburan iaitu dikenali sebagai ROI(return on investment), seperti contoh sebulan 5%-20% tanpa perlu trade, just relax goyang kaki.
  • Melakukan operasi Multi Level Marketing.
  • Ada sistem pairing, kaki kanan, kaki kiri, macam MLM, dan tekankan supaya anda cari orang untuk melabur.
  • Syarikat broker ini hanya terkenal di Malaysia sahaja, tetapi tidak di rantau Eropah atau lain-lain.
  • Mempunyai leader-leader MLM, mempunyai aktiviti taja menaja dan cari orang.
  • Tidak mempunyai bank luar negara yang kukuh.
  • Cara deposit atau withdraw diuruskan oleh persendirian secara anda kena transfer duit ke akaun leader atau ketua tersebut.

 

Jadi apa yang perlu anda tahu, anda PERLU ELAKKAN daripada trade di broker jenis ini jika ada rakan yang mengajak anda. Ia akan menyebabkan proses anda menjadi forex trader sebenar melalui jalan sukar dan cara yang tidak betul.

Maklumat di atas adalah pengetahuan umum yang anda perlu tahu. Tiada jalan untuk jana income melalui forex trading ini tanpa kita trading sendiri. Kita perlu belajar satu persatu, ilmu analisa teknikal dan fundamental untuk mula jana income dari forex trading dan trade sendiri.

Tiada istilah labur duit dan duduk diam goyang kaki atau duduk diam dapat duit. Itu hanyalah mengarut.

 

 

2.3 PANDUAN BUKA AKAUN FOREX

 

Mesti anda tertanya-tanya, bagaimanakah untuk membuka akaun dengan syarikat broker forex? Manakah syarikat yang kukuh dan menawarkan kemudahan berurusan, keselamatan dana, dan yang penting mempunyai badan kawal selia yang ketat untuk menjamin hak anda sebagai seorang forex trader.

 

Jangan risau, tak perlu pening-pening! Ikuti sahaja panduan dan broker pilihan dari kami ini.  Pemilihan syarikat broker dibuat berdasarkan pertimbangan kesesuaian tahap pengalaman trading anda.

 

RINGKASAN TENTANG BROKER PILIHAN

 

Broker pilihan kami ialah MULTIBANK GROUP

MENGAPA MEMILIH MULTIBANK GROUP?

Multibank Group telah berjaya menguasai dunia perdagangan. Syarikat ini telah mengetuai dan membentuk industri mata wang asing dan tanpa henti mencipta produk,servis dan platform perdagangan yang cemerlang. Antara kelebihan syarikat ini ialah:-

  1. PENGAWASELIAAN DIKAWAL KETAT SELURUH 5 BENUA - Dikawal secara terperinci oleh 11 pengawaselia kewangan seluruh dunia merangkumi pelbagai bidang kuasa, menjamin perlindungan para pelabur. Dikawal selia oleh ASIC, FSC, DFSA, CNMV, FMA, BaFin dan CIMA
  2. MODAL BERBAYAR MELEBIHI US$ 322 JUTA - Berikutan modal berbayal terkumpul, kami dikenali seluruh dunia sebagai pembekal derivatif kewangan atas talian terbesar.
  3. Mendapat anugera daripada 
  4. Mempunyai lesen seperti berikut:
ASIC - MEX AUSTRALIA (MEX EXCHANGE) - MEX Australia Pty Ltd (MEX Exchange), with Australian company number (ACN) 155 084 058, is authorized and regulated by the Australian Securities & Investments Commission (“ASIC”) with AFSL number 416279. MEX Exchange is a registered business name of MEX Australia Pty Ltd.

BaFin - MEX ASSET MANAGEMENT (GERMANY) - MEX Asset Management GmbH is authorized and regulated by the German Federal Financial Supervisory Authority (“BaFin”) with license number HRB 73406.

FMA - MEX ASSET MANAGEMENT (AUSTRIA) - MEX Asset Management GmbH (Austria) is the Austrian branch of our German asset management company, with license number 491129z.

CNMV - MEX SPAIN- MEX Spain is MultiBank’s Spanish branch based out of Barcelona, Spain, and is regulated by the National Securities Market Commission (“CNMV”).

DFSA - MEX AUSTRALIA PTY LTD - DIFC BRANCH - MEX Australia Pty Ltd-DIFC is authorized and regulated by the Dubai Financial Services Authority (“DFSA”) under the registration number F004403. 

FSC - MULTIBANK FX INTERNATIONAL - Multibank FX International Corporation is authorized and regulated by the Financial Services Commission of the British Virgin Islands (“FSC”) with license number SIBA/L/14/1068.

CIMA - MEX WEALTH MANAGEMENT (DORMANT) - MEX Wealth Management (Dormant) is our subsidiary in the Cayman Islands, and is regulated by the Cayman Islands Monetary Authority (“CIMA”).


MultiBank telah ditubuhkan di California, Amerika Syarikat pada tahun 2005. Sejak pelancarannya, MultiBank telah berkembang menjadi salah satu pembekal derivatif kewangan dalam talian terbesar di seluruh dunia, dengan modal berbayar semasa melebihi US $ 322 juta. Syarikat ini melayani pangkalan pelanggan yang luas melebihi 280,000 pelanggan dari 90 negara di seluruh dunia.

DOKUMEN YANG ANDA PERLU SEDIAKAN

Adakah anda tahu sebelum anda boleh deposit akaun forex, untuk memulakan trading, anda perlu mempunyai mengesahkan identity anda.

FBS akan minta anda mengesahkan email anda, nombor hp dengan menghantar SMS dan pengesahan identity. Untuk pengesahan identity anda hanya perlu mempunyai gambar hadapan IC anda.

Dokumen Confirm Identity

Ia adalah dokumen untuk membuktikan pengenalan diri kita. Di sini kita boleh menggunakan kad pengenalan sebagai bukti yang kita daftar akaun menggunakan nama betul.

Anda hanya perlu snap picture bahagian hadapan IC anda menggunakan smartphones. Mudah dan pantas! Pastikan gambar tersebut jelas.

 

PANDUAN BUKA AKAUN REAL

Anda boleh terus membuka akaun real, jangan takut. Akaun demo dan sebagainya anda boleh “Add On” kemudian kerana di FBS ia menggunakan system “satu login” untuk pengurusan semua akaun.

Step 1: 

Sila klik di sini – KLIK SINI

Step 2 : 

Isi borang tersebut dan proceed sahaja sehingga habis step.

Step 3 :

Jangan lupa juga untuk check email untuk verify akaun anda ya!

 

 

 

PLATFORM TRADING

Link untuk download platform trading, ada dihantar ke email anda selepas anda sudah daftar akaun trading seperti arahan di atas.

Jadi anda mesti daftar dahulu akaun dengan klik button di atas, dan isi kesemua details untuk pendaftaran sebelum bermula.

Dibawah adalah contoh bergambar tentang email yang anda akan terima mempunyai details akaun anda.

KESIMPULAN

Ramai trader yang memulakan langkah dalam forex trading dengan betul, belajar cara betul, teknik betul, cuba berhati-hati dan sebagainya, tetapi apabila PEMILIHAN BROKER YANG BETUL tidak dititikberatkan, ramai yang menjadi mangsa.

Banyak kes yang dilaporkan kepada pihak kami, mereka terkena dan terpedaya dengan broker-broker yang tidak kukuh. Sehingga ada juga yang tak boleh withdraw profit selepas berhempas pulas dalam bidang ini.

Inilah menjadi kerisauan kami, apabila ramai trader memilih broker yang tidak betul.

Oleh sebab itu, kami cadangkan anda perlu daftar akaun di broker yang dicadangkan pihak kami iaitu Broker FBS.

Jadi ikuti saja panduan yang kami berikan ini tanpa pening kepala kemudian hari, dan daftar menggunakan link di atas untuk anda sentiasa selamat. Kami akan sedia membantu anda!

Sabtu, 15 Mei 2021

BAB 1 : PENGENALAN FOREX

 

 

1.1 APA ITU FOREX ?

 

Forex adalah foreign exchange. Singkatannya ialah  FOREX. Apa maksud forex trading? Forex trading ialah “aktiviti perniagaan” tukar beli matawang. Maksudnya kita “berdagang” matawang, untuk tujuan mendapatkan keuntungan.

 

Suatu situasi untuk anda memahaminya ialah, katakan kita ke money changer. Hari ini anda membuat pertukaran dengan harga adalah RM4.40 bagi setiap USD1.00. Anda perlukan RM440 bagi mendapatkan USD100. Katakanlah bulan hadapan nilai USD semakin mahal, iaitu USD1.00 bersamaan dengan RM4.60. Maka dengan itu, jika anda membuat pertukaran USD100 anda, anda akan memperolehi keuntungan, kerana anda akan menerima RM460 dari money changer tersebut. Anda telah membuat untung sebanyak RM20.

 

Kini, pada zaman serba pantas ini, semua aktiviti dilakukan secara online saja. Terdapat platform trading, dimana anda boleh melihat harga naik dan turun matawang. Perkara ini dilakukan dengan cara, anda perlu masukkan duit sebagai modal. Ada butang BUY dan SELL. Gunakan modal anda,  bagi masuk dan keluar ke pasaran mata wang (market) mengikut analisa anda, untuk menjana keuntungan.

 

Forex trading ini, dikendalikan secara online melalui platform trading. Kita hanya perlukan komputer/ telefon pintar dan talian internet untuk trade forex.  Pasaran forex ini dibuka 5 hari seminggu dan 24 jam sehari. Bermula dari 5:00 pagi pada hari Isnin hingga pukul 5:00 pagi pada hari Sabtu. Bermakna, anda mempunyai kebebasan untuk trade forex pada bila-bila masa sahaja yang anda rasakan sesuai.

 

Jika anda mempunyai pekerjaan dan berkerja pada pukul 8:00 pagi hingga pukul 5:00 petang, Anda masih mempunyai masa untuk melakukan aktiviti trading pada sebelah malam. Begitu juga jika anda seorang pekerja pada waktu shift, pasaran forex dibuka 24 jam sehari. Maka anda tidak perlu risau, pada bila-bila masa sahaja anda boleh trade forex.

 

 


1.2 
APA YANG DIPERLUKAN UNTUK TRADE FOREX

 

Anda hanya perlukan sebuah gadget, tidak kira sama ada smartphones android/iphone, tab atau ipad, PC Desktop atau Laptop untuk trade forex. Pendek kata forex boleh trade melalui platform nya dari apa-apa sahaja gadget yang mempunyai internet.

 

Kebiasaanya, untuk lebih praktikal, ramai trader menggunakan komputer iaitu PC/Laptop untuk lebih mudah membuat analisa, membaca pergerakan naik turun harga, dan smartphones kebiasaan hanya digunakan untuk monitor(tinjau) posisi trading yang anda sudah masuk, sama ada sedang rugi atau sudah untung. Boleh juga trade menggunakan smartphones dan masuk order guna smartphones. Tetapi, pada kebiasaannya orang guna smartphones untuk monitor sahaja, sebab mungkin kita sedang ada urusan diluar, jadi senang kita nak rujuk tengok-tengok chart secara mobile. Orang kata “trade anytime, anywhere :D”.

Platform yang biasa dan paling popular digunakan ialah MT4 keluaran MetaTrader. Kebanyakan broker forex menggunakan platform ini. Jadi platform inilah anda perlu install ke PC/Laptop dan kalau ada smartphones, boleh juga install.

 

Jadi dengan hanya ada komputer(pc/laptop) atau smartphones dan line internet, bermaksud anda sudah boleh memulakan “bisnes forex trading anda”. Trade anytime, anywhere.



1.3 PERBEZAAN FOREX DAN SAHAM

 

Berikut adalah beberapa perbandingan antara forex dengan saham. Tujuannya adalah untuk anda memahami perbezaan saham dengan forex. Saya letakkan dalam perbandingan agar anda faham apa perbezaan forex dan saham.

  • Modal permulaan - Forex memerlukan modal permulaan yang sangat minimum, iaitu serendah USD50 atau sekitar RM200 anda sudah mampu untuk memulakan perniagaan forex trading. Sebaliknya jika saham, anda perlu mempunyai modal yang besar sekitar RM1,000 sehingga RM3,000 hanya untuk bermula trade saham.
  • Pasaran dua hala - Anda boleh mendapatkan keuntungan walaupun harga pasaran naik dan turun, iaitu anda mempunyai manfaat untuk pasaran dua hala. Naik pun boleh untung. Turun pun boleh untung. Manakala pasaran saham pula, anda hanya boleh untung jika harga kaunter saham tersebut naik. Jika turun anda akan mengalami kerugian. Hanya sehala.
  • Tidak Berhutang - Anda hanya akan rugi sebanyak modal yang anda laburkan dan anda tidak akan berhutang lebih daripada nilai tersebut, sebaliknya jika pasaran saham, ada pilihan dengan membeli saham menggunakan hutang dahulu, dan akan jadi masalah jika saham tersebut tidak memberikan keuntungan.
  • Analisis matawang utama sahaja - Dengan forex trading, anda tidak pening kepala memikirkan anda perlu menganalisis beribu-ribu kaunter, atau jenis-jenis syarikat yang sangat banyak. Dengan forex, anda hanya perlu fokus pada 6 matawang dunia yang mempunyai pasaran yang cantik untuk di dagangkan. Dari situ sahaja anda boleh memaksimumkan keuntungan, anda tak perlu kaji semua matawang negara yang ada di dunia.
  • Waktu trading - Anda boleh trade pada masa yang lebih fleksibel kerana pasaran forex buka 24 jam sehari dan berterusan 5 hari seminggu. Manakala saham pula anda hanya boleh trade, beli dan jual pada waktu bekerja sahaja, waktu bursa di buka. Sudah tentu anda lebih fleksibel dengan masa trading forex berbanding saham.

 

 


1.4 
KENALI MATAWANG UTAMA DALAM FOREX TRADING

Jadual 1 : Nama singkatan mata wang utama dunia

 

Kesemua Matawang di atas merupakan matawang-matawang utama yang didagangkan. Pada platfrom pasaran, anda tidak akan melihat nama matawang sebaliknya hanyalah singkatan matawang tersebut. Dalam forex trading, matawang didagangkan secara pasangan, dan ia disebut sebagai ‘pair’.

 

Contohnya:

Pair EUR/USD. Jika anda beli pair EUR/USD pada harga 1.9000, bermaksud anda tukarkan USD 1.90 dengan EUR 1.00.

 

Jenis-jenis Pasangan Matawang (Pair)

Major pair yang paling utama dan kerap didagangkan ialah EUR/USD, GBP/USDUSD/JPYAUD/USDNZD/USDUSD/CHF. Minor Pair pula ialah pair yang selain daripada pair major. Tetapi di dalam pair minor ini ada pair yang dipanggil ‘cross pair’ iaitu pair yang tidak berpasangan dengan USD. Contohnya EUR/JPY, EUR/CHF, GBP/JPY, EUR/GBP dan sebagainya.


1.5 
WAKTU TRADING FOREX


Jadual 2 : Waktu tranding forex

 

Terdapat beberapa sesi trading yang mempengaruhi pergerakan matawang dalam 24 jam sehari. Asia Open bermaksud sesi trading di Asia telah dibuka pada ketika tersebut, jadi pair-pair yang aktif adalah pair berhubung kait dengan matawang JPY, manakala Europe Open bermaksud sesi trading di Eropah telah dibuka dan pair yang aktif adalah pair berhubung kait dengan EUR.  Begitulah seterusnya mengikut sesi ‘market open’ masing-masing.

 

Tetapi jangan anggap pula pada ketika ini market bagi pair-pair yang sesi trading belum open tidak bergerak. Ia bergerak, tetapi kadang kala akan menjadi pasif, slow motion. Waktu aktif bermula pada pukul 2 petang hingga 12 malam adalah waktu harga hampir kesemua pair bergerak pantas kerana terdapat banyak pertindihan waktu.

 

Waktu kemuncak adalah pada pukul 8.00 malam sehingga pukul 12.00 malam, anda boleh lihat hampir 3 sesi trading bagi Europe, London dan United States bertindih. Pada masa ini juga terdapat banyak news (berita forex) yang dikeluarkan menyebabkan market menjadi aktif.

Jumaat, 22 Januari 2021

Tahniah Kepada Encik Zahrin Kerana Mendapat Diploma (DKM) Bidang Automotif

Setinggi-tinggi penghargaan kepada Encik Zahrin kerana berjaya memperoleh Diploma Kemahuran Malaysia (DKM) dalam bidang automotif. Kepada sesiapa yang berminat untuk menyetai program ini bolehlah layari www.pustakamultimedia.com