Dilarang Copy Paste

Rabu, 4 November 2020

BAG UDARA SUPPLEMENTAL RESTRAINT SYSTEM (SRS)

 

1.   Pengenalan SRS AIR BAG

Pernah tengok perkataan SRS di steering kereta anda dan di dashboard? Bagi sesiapa yang memiliki kereta yang mempunyai sistem beg udara (airbag), maka mereka pasti akan melihat tulisan SRS ini. Apakah maksud SRS sebenarnya?

Rajah 1: Tulisan perkataan SRS AIR BAG pada steering kereta


SRS adalah singkatan kepada “Secondary/Supplemental Restrain System” yang bermaksud sistem sokongan kedua atau sekunder kepada tali pinggang keledar jika berlaku kemalangan.

Tali pinggang keledar adalah merupakan sistem utama perlindungan kepada pemandu untuk mengurangkan impak kemalangan. Dengan erti kata lain, adanya SRS airbag ini ciri-ciri keselamatan dalam pemanduan kereta dapat dipertingkatkan.

Selain daripada airbaghead rest juga diklasifikasi sebagai “restrain system” dan bukannya untuk rest atau menyandarkan kepala mahupun untuk tidur semasa memandu. Ia direka khas untuk menjadi sistem sokongan mengurangkan impak kemalangan.

Di sini ada sedikit data/fakta mengenai kematian yang disebabkan oleh impak kemalangan. Berdasarkan data ini, sesetengah pengeluar kereta menjadikan “basis” untuk mereka meningkatkan sistem keselamatan kereta.

SRS airbag akan diaktifkan secara automatik apabila berlaku kemalangan. Bagi sesetengah sistem ini pada kenderaan telah diprogramkan dengan sistem tali pinggang keledar. Apabila berlaku kemalangan, seat belt akan diketatkan pada masa yang sama SRS air bag diaktifkan.

Tapi bukan semua jenis kemalangan akan membuatkan SRS airbag diaktifkan. Ia bergantung kepada standard yang telah ditetapkan oleh pengeluar kereta atau pengeluar airbag itu sendiri, kelajuan kereta dan impak kemalangan.

Tahukah anda berapa kelajuan SRS airbag apabila diaktifkan untuk mengembang sepenuhnya? Mengikut Toyota, kelajuannya mencecah 100km/j sehingga 300km/j. Pun begitu, ianya selamat dan menjadi perlindungan terbaik kepada pemandu apabila berlaku kemalangan.

Oh ya! Kenapa kadang-kadang kita dengar ada pemandu yang patah tangan apabila SRS air bag diaktifkan? Salah satu sebab adalah cara memegang steering yang tidak betul dan menjadi penghalang kepada SRS air bag apabila diaktifkan seterusnya memberi impak yang tidak baik kepada tangan pemandu.

 

Video 1: Cara memegang steering kereta

Jika lampu isyarat SRS menyala, baik anda segera ke bengkel supaya anda dalam keadaan yang lebih selamat. Walaupun kereta anda masih boleh bergerak, namun kebolehan sistem air bag anda diragui dan boleh menjejaskan keselamatan anda. Kita tidak mahu perkara yang tidak baik berlaku semasa kita memandu.

Rajah 2 : Lampu amaran SRS Air Bag pada Dashbord


SRS AIR BAG SEPINTAS LALU

Beg Udara (Air bag) adalah merupakan peranti keselamatan dalam kenderaan. Sistem Beg Udara mempunyai beberapa nama seperti SRS (Supplemental Restraint System), ACRS (Air Cushion Restraint System) dan SIR (Supplemental Inflation Restraint). Ia adalah satu sistem sekatan kepada pemandu yang terdiri daripada kain fleksibel atau kusyen yang direka untuk mengembung semasa berlaku perlanggaran kenderaan. Ia bertujuan untuk mengurangkan kesan kepada pemandu semasa berlakunya kemalangan dan memberikan perlindungan kepada badan pemandu atau penumpang apabila mereka terhentak objek dalaman seperti stereng atau tingkap kenderaan.

Rajah 3: SRS Bag Udara

1.   Fungsi Beg Udara (Airbag)

Beg Udara (Airbags) direka untuk melaksanakan dua fungsi asas dalam kemalangan kenderaanMenyediakan kusyen lembut antara pamandu atau penumpang dengan objek keras pada kenderaan.Menyuraikan tenaga dari kemalangan ke seluruh kawasan permukaan seluas yang mungkin. 

Pada dasarnya dalam kemalangan kenderaan terdapat dua jenis perlanggaran. Perlanggaran pertama adalah antara kenderaan dan objek lain, misalnya pokok atau kenderaan lain. Perlanggaran kedua adalah antara pemandu atau penumpang dengan objek lain, seperti bahagian dalaman kereta atau penumpang lain. Idea di sebalik sebuah beg udara adalah untuk mengurangkan kecederaan yang disebabkan oleh perlanggaran kedua ini. 


3.  Komponen Sistem Beg Udara

Sistem beg udara mengandungi beberapa komponen asas dan biasanya komponen tersebut boleh didiagnosis dengan menggunakan alat imbasan (Scan Tools). Sesetengah model mungkin memerlukan juruteknik untuk melaksanakan satu prosedur yang mudah untuk menghasilkan siri nyalaan pada paparan panel instrumen kenderaan. Kelipan dikira dan nombor kod dikaji dengan merujuk pada manual kenderaan atau pada komputer menunjukkan kawasan sistem yang di diagnostik. 

3.1 Modul beg udara mengandungi beg udara dan pepasangan pengembang dimasukkan ke dalam modul padat cukup untuk dimuatkan ke dalam stereng, panel penumpang, atau bahagian tempat duduk depan. Pepasangan pengembang menggabungkan penyala elektrik yang membangkitkan dorongan pepejal yang bertukar kepada gas nitrogen bagi mengembangkan beg udara dalam milisaat, lebih cepat daripada sekelip mata. Serbuk yang datang dari beg udara adalah merupakan tepung jagung atau talkum. 

3.2 Wayar, palam, harness Biasanya berwarna kuning atau wayar akan mempunyai warna kuning dipintal dengan wayar berwarna lain. Sebagai contoh wayar boleh jadi kuning / coklat membawa kepada palam kuning. Pita kuning juga digunakan pada sistem ABS. 

3.3 Kebanyakan Penderia pelanggaran (Crash Sensors) adalah sensor elektromekanik yang dibuat dengan bola keluli kecil yang diadakan sebelah tiub oleh magnet. Di sisi lain tiub adalah litar terbuka. Satu kemalangan dengan tenaga yang mencukupi akan melonggarkan bola keluli dari magnet dan menutup litar primer beg udara. Terdapat satu atau beberapa sensor yang terletak di belakang bumper depan dan di dalam tempat penumpang. 

3.4 Clock spring adalah bahagian yang bergerak dan bahagian yang biasanya digantikan dalam sistem beg udara. Ia menyediakan sambungan elektrik yang berterusan kepada modul beg udara manakala membenarkan pemandu untuk memutar stereng. Sentiasa pastikan stereng dikunci dalam kedudukan sebelum menanggalkan pengganding stereng. Stereng yang berputar bebas boleh merosakkan clock spring yang halus. 

3.5 ACU (Air Bag Control Unit) atau Unit Kawalan Beg Udara memantau kesediaan sistem beg udara secara keseluruhan. Ia akan memeriksa sistem pada setiap permulaan dan jika didapati ada kesalahan lampu Udara Beg akan menyala dan menetapkan kod dalam ingatan komputer. Modul ini juga mempunyai kuasa sandaran sekiranya kuasa bateri diputuskan. Sentiasa rujuk kepada dokumentasi pengeluar sebelum cuba untuk membaiki mana-mana bahagian sistem beg udara. Berhati-hati, sistem beg udara mesti diputuskan untuk tempoh masa tertentu sebelum apa-apa kerja boleh dilakukan.

Rajah 4:  kedudukan komponen-komponen beg udara dalam kenderaan.


Rajah 5 :Gambarajah Sistem SRS 

4. Operasi Beg Udara

Rajah 6 : Cara SRS Air Bag Berfungsi

Beg udara akan terkeluar apabila berlaku perlanggaran kenderaan dengan dinding pada kelajuan 20KM/J atau lebih.




Rajah 7 : Ilustraisi semasa perlanggaran

Gambar rajah 5 menunjukkan cara bag udara berfungsi pada sebuah kenderaan semasa berlaku kemalangan.


Rajah 8 : Gambarajah binaan dan operasi beg udara


Rajah 9 : Ilustarasi aliran operasi system SRS (Supplement Resstraint System).


Video 2 : Penerangan SRS Bag Udara

1 ulasan: