PERANCANGAN
BAB 3
PERANCANGAN
3.1 Pengenalan Perancangan
Definisi Perancangan
Perancangan merupakan proses di mana pengurus menentukan matlamat yang
hendak dicapai dan menentukan tindakan yang paling sesuai untuk
diambil di semua peringkat organisasi untuk mencapai matlamat organisasi
Proses menentukan visi, misi dan matlamat dan membentuk tindakan
yang diambil untuk mencapai matlamat tersebut.
“Aktiviti yang berorientasikan masa depan, iaitu apa yang hendak diperolehi
pada masa hadapan dengan mula melaksanakan programnya sekarang.”
JENIS-JENIS PERANCANGAN
1. Perancangan
Jangka Panjang (Strategik)
Perancangan jangka panjang adalah satu rancangan
umum yang komprehensif dan meliputi keseluruhan organisasi yang merangkumi
penentuan visi, misi dan objektif/matlamat sesebuah organisasi.
Melibatkan proses pembuatan keputusan berkenaan
matlamat jangka panjang organisasi yang mengambil masa melebihi tiga tahun
tetapi tidak lebih dari lima tahun.
Perancangan ini dilakukan oleh
pengurusan peringkat atasan kerana perancangan ini melibatkan risiko yang
tinggi dan memerlukan kemahiran konseptual yang tinggi.
2. Perancangan
Jangka Sederhana (Taktikal)
Perancangan jangka sederhana adalah perancangan
yang direkabentuk bagi melaksanakan perancangan strategik. Ia
merupakan satu pelan operasi yang spesifik yang memperincikan bagaimana, bila
dan di mana sesuatu strategi itu akan dilaksanakan
Perancangan jangka sederhana dijalankan mengikut
strategi yang dibentuk, diterjemahkan daripada perancangan jangka panjang oleh
pengurus peringkat pertengahan.
Tempoh perancangan jangka sederhana lebih singkat
berbanding perancangan jangka panjang iaitu antara satu hingga tiga tahun.
Ia juga dikenali sebagai rancangan
fungsian yang meliputi perancangan sesuatu jabatan seperti perancangan
pemasaran, perancangan kewangan, perancangan sumber manusia dll.
3. Perancangan
Jangka Pendek (Operasian)
Pengurus bawahan bertanggungjawab menyediakan perancangan
operasian (jangka pendek) iaitu perancangan perincian dari perancangan tektikal dengan
memiliki kemahiran teknikal. Perancangan yang dibuat perlu selaras dengan
perancangan yang dibuat oleh pengurus peringkat atasan dan pertengahan.
Disediakan dengan tujuan untuk mengawal operasi harian.
Jangka masa paling pendek iaitu kurang daripada satu tahun dan memberi
penekanan kepada tugas-tugas rutin serta dilakukan secara berulang-ulang
contohnya kerja harian, mingguan, bulanan.
Perancangan ini
biasanya adalah berkaitan aktiviti pengeluaran.
Kepentingan Perancangan
1. Menyediakan hala tuju (menentukan
matlamat) organisasi
Dalam perancangan pengurusan menentukan visi, misi, objektif, rancangan operasi, keperluan kewangan, keperluan sumber manusia bagi mencapai matlamat organisasi.
Dengan adanya perancangan yang dibuat, hala tuju syarikat dapat
ditentukan. Pengurus dapat menentukan matlamat dan objektif kumpulan kerja dan
membangunkan strategi yang menyeluruh bagi mencapai matlamat.
Melalui perancangan juga pengurus dapat mengagih dan menggunakan
sumber-sumber dengan lebih efektif dan efisien.
Perancangan juga dapat membantu pengurusan mengenalpasti operasi yang
diperlukan serta bagaimana ia mempengaruhi organisasi.
2. Tanda aras (ukuran prestasi)
untuk mencapai objektif
Tanda aras adalah satu proses mencari ciri-ciri produk, perkhidmatan atau proses yang terbaik berbanding pesaing sebagai satu standard atau piawai untuk meningkatkan prestasi organisasi.
Perancangan membolehkan penetapan tanda aras yang hendak dicapai melalui
penetapan matlamat/objektif organisasi. Pencapaian matlamat atau objektif
oleh organisasi menunjukkan organisasi telah mencapai satu standard atau
piawaian (tanda aras) yang ditetapkan dan ini akan menjadi garis penamat kepada
organisasi.
3. Bertindak kepada persekitaran
yang dinamik
Sesebuah organisasi sentiasa menghadapi suasana persekitaran tugas dan persekitaran umum yang sentiasa berubah. Melalui perancangan pengurus dapat mengenalpasti peluang dan masalah/ancaman yang dihadapi oleh perniagaan pada masa sekarang dan masa depan
Sesebuah organisasi sentiasa menghadapi suasana persekitaran tugas dan persekitaran umum yang sentiasa berubah. Melalui perancangan pengurus dapat mengenalpasti peluang dan masalah/ancaman yang dihadapi oleh perniagaan pada masa sekarang dan masa depan
Penyesuaian, tindakan dan penambahbaikan boleh dilakukan dengan segera
bagi memastikan operasi organisasi berjalan lancar untuk menjimatkan kos,
mengurangkan pembaziran dan risiko disebabkan perubahan kepada persekitaran.
4. Sebagai alat
kawalan pengurusan
Dengan membuat perancangan, pengurus dapat membentuk/ mewujudkan satu
sistem kawalan supaya penyelewengan/kesilapan dapat dielakkan.
Melalui penggunaan alat perancangan, pengurus dapat memastikan
pencapaian organisasi selaras dengan perancangan yang telah dibuat.
Tindakan pembetulan dapat dilakukan dari semasa ke semasa.
Kaitan Tingkat Pengurusan dengan Perancangan
1. Pengurusan Atasan – Perancangan Strategik
· Pengurusan
atasan melakukan perancangan strategik (jangka panjang).
· Merujuk kepada
rancangan keseluruhan organisasi.
· Kandungan :
Visi, misi, gol.( halatuju dan sasaran)
· Skop : Matlamat
menyeluruh, organisasi/korperat
· Kemahiran :
konseptual- melihat faktor-faktor persekitaran luaran dan dalaman. Pengurus
perlu mempunyai kemahiran konseptual yang tinggi berbanding pengurus peringkat
lain.
· Pengurus perlu
memantau persekitaran dalaman dan luaran seperti ekonomi, teknologi,
kebudayaan, pelanggan, pekerja, pesaing dan sebagainya.
2. Pengurusan Pertengahan – Perancangan Taktikal
· Pengurus
pertengahan menyediakan perancangan taktikal (jangka sederhana).
· Menyokong
perancangan jangka panjang yang dibuat oleh pengurus atasan.
· Kandungan :
Langkah persaingan, respons kepada tindakan pesaing.
· Skop : Matlamat
bisnes, jabatan.
· Kemahiran :
Kemanusiaan– atasan dan bawahan organisasi.
· Pengurus akan
menentukan bagaimana syarikat akan menggunakan sumber-sumber yang ada bagi
mencapai matlamat yang ditetapkan.
3. Pengurusan Bawahan – Perancangan Operasian
· Pengurus bawahan
akan menyediakan perancangan operasian (jangka pendek)
· Perancangan yang
dibuat perlu selaras dengan perancangan yang dibuat oleh pengurus peringkat
atasan dan pertengahan.
· Kandungan : Unit
pengeluaran, kaedah penyampaian
· Mengawal operasi
harian.
· Kemahiran :
Kemanusiaan – hubungan pelanggan, dan Teknikal-mengawal selia operasi harian.
OBJEKTIF ORGANISASI
Visi
Visi adalah satu pernyataan yang menyeluruh tentang penubuhan sesebuah
organisasi.
Visi adalah satu tanggapan dan pandangan yang jauh dan mendalam,
terutamanya yang berkaitan dengan perkembangan masa depan dan
sebagainya. [kamus
dewan edisi 4]
Visi yang dibentuk adalah sesuatu yang ideal dan unik untuk dicapai dan
merupakan matlamat jangka panjang sesebuah organisasi.
Ciri-Ciri Visi:
Ringkas, padat dan jelas – biasanya tidak melebihi 25 patah perkataan.
Visi yang di buat mestilah realistik dan menimbulkan semangat serta Menjawab
persoalan apa, untuk siapa dan bila.
Contoh visi Kolej Matrikulasi Perlis
“Menjadi sebuah institusi pra universiti yang cemerlang”
Misi
Misi merupakan tujuan utama atau matlamat sebenar sesebuah organisasi
ditubuhkan.
Biasanya misi dinyatakan dalam bentuk yang umum, luas dan memperlihatkan
nilai-nilai kepercayaan, keluaran utama, pasaran utama, sifat orang yang
memegang kepentingan dalam firma dan masyarakat dan falsafah pengurusan.
Misi yang baik dan berkesan akan membentuk identiti dan imej organisasi
dan ianya penting kepada sesebuah organisasi untuk dijadikan sebagai panduan
dan motivasi kepada ahli organisasi, menjadi hala tuju yang dikongsi bersama
dan dapat memfokus kepada usaha yang dijalankan.
Kepada pengurus, ia menjadi ukuran bagi menilai kejayaan organisasi
iaitu sejauh mana pengurus berjaya memenuhi misi tersebut melalui usaha pekerja
bawahannya.
Contoh Misi Kolej Matrikulasi Perlis
“Memberi perkhidmatan pendidikan yang berkualiti sebagaimana yang
ditetapkan oleh BMKPM kea rah melahirkan pelajar yang berketerampilan serta
diiktiraf oleh Institusi Pengajian Tinggi dalam dan luar negara”
Objektif
Objektif merupakan sasaran atau hasil akhir yang cuba/dijangka dicapai
oleh sesebuah organisasi. Ia terbentuk daripada misi. Biasanya objektif
dinyatakan dalam bentuk yang lebih khusus berbanding misi organisasi yang
mana dimensi masanya lebih jelas.
Biasanya setiap bahagian atau unit akan menetapkan objektif
masing-masing selari dengan misi organisasi.
Contoh objektif Kolej Matrikulasi Perlis [ Pengajaran dan Pembelajaran]
“Memastikan sekurang-kurangnya 60% pelajar mencapai minimum Purata Nilai
Gred Kumulatif 3.00. “
Ciri objektif – ’’SMART”
Specific [Spesifik]
Measureable [Boleh
diukur]
Achievable [Boleh
dicapai]
Reward [Dikaitkan
dengan Ganjaran]
Timely [Mempunyai
tempoh masa]
1. Spesifik
¢ Objektif organisasi yang ditetapkan
perlulah khusus, fokus, jelas dan konkrit. Objektif tidak boleh ditentukan
secara kabur dan terawang-awang.
¢ Objektif yang ditentukan
perlulah dengan mengenalpasti bidang-bidang utama dan aktiviti-aktiviti
yang boleh menyumbang kepada prestasi syarikat. (prestasi kewangan,
perkhidmatan dan kepuasan pelanggan dan inovasi)
¢ Biasanya berlandaskan atau
berdasarkan kepada visi dan misi syarikat
2. Boleh diukur
¢ Objektif yang dibentuk perlu
dinyatakan dalam bentuk kuantitatif supaya dapat diukur dengan apa
cara sekalipun.
¢ Ini adalah untuk memudahkan ukuran
dibuat ke atas kejayaan atau kegagalannya pencapaian objektif Contoh :
Objektif yang boleh diukur - Sasaran jualan 150,000 unit dalam tempoh satu
tahun.
3. Boleh dicapai
¢ Matlamat mestilah mencabar tetapi
boleh dicapai (realistik). Objektif yang ditentukan tidak boleh yang
bukan-bukan sehingga mustahil untuk dicapai.
¢ Ia semestinya tidak terlalu tinggi
dan tidak terlalu rendah untuk dicapai serta berdasarkan keupayaan organisasi.
¢ Contohnya Jabatan Pengeluaran sebelum
menetapkan objektif perlu mengambilkira keupayaan menghasilkan barangan melalui
sumber-sumber yang dimiliki oleh organisasi.
4. Dikaitkan Dengan Ganjaran
¢ Objektif yang ditentukan perlu
dikaitkan dengan ganjaran sebagai faktor pendorong kepada pelaksana.
¢ Tujuannya supaya pelaksana/ pekerja
yang melaksanakan tugas-tugas bagi mencapai objektif yang ditetapkan akan cuba
melakukan kerja dengan sebaik mungkin bagi mendapatkan ganjaran yang dijanjikan
seperti bonus, pakej percutian, wang tunai dan lain-lain.
¢ Cth: Jurujual yang berjaya mencapai
kuota bulanan akan diberikan pakej percutian di Bali secara percuma.
5. Mempunyai Tempoh Masa
¢ Objektif yang ditetapkan mesti
mempunyai had masa bila ia perlu diselesaikan.
¢ Tempoh masa diperlukan bagi mengukur
pencapaian organisasi semasa proses kawalan untuk membolehkan penilaian
prestasi dilakukan.
¢ Sekiranya tempoh tidak dinyatakan,
maka akan terdapat pelbagai tanggapan tentang tempoh masa yang sepatutnya
diambil dan ini akan menjejaskan pencapaian organisasi.
¢ Cth: Organisasi menetapkan
untuk mencapai peningkatan keuntungan sebanyak 20% dalam tempoh 3 tahun.
JENIS-JENIS OBJEKTIF
1. Objektif Organisasi
¢ Objektif keseluruhan firma.
¢ Dipertanggungjawabkan kepada
pengurusan atasan.
¢ Tergolong dalam perancangan jangka
panjang.
¢ Contoh: Syarikat AAA Bhd. ingin
meluaskan pasaran ke Eropah 5 tahun akan datang.
2. Objektif Jabatan
¢ Objektif sesuatu jabatan.
¢ Ditetapkan berdasarkan objektif
organisasi
¢ Dipertanggungjawabkan kepada
pengurusan pertengahan.
¢ Contoh: Jabatan Pengeluaran syarikat
AAA Bhd. mensasarkan peningkatan volum pengeluaran sebanyak 20% dalam
tempoh 2 tahun.
3. Objektif Unit
¢ Objektif bagi unit-unit kecil di
dalam jabatan.
¢ Dipertanggungjawabkan kepada
pengurusan bawahan.
¢ Penting untuk menyokong objektif
jabatan dan seterusnya objektif organisasi.
¢ Contoh:Unit Produk A mensasarkan
peningkatan volum pengeluaran produk A sebanyak 10% setiap bulan.
KEPENTINGAN OBJEKTIF
1.
Motivasi/Komitmen
¢ Objektif yang jelas akan
memperincikan tugas pekerja dan pekerja mengetahui tugas yang perlu dilakukan
dalam mencapai matlamat sesebuah organisasi. Ia akan menyebabkan pekerja akan
lebih bermotivasi dan komited dalam menjalankan tugas.
¢ Pekerja juga akan lebih bermotivasi
apabila mereka sedar sumbangan mereka penting untuk memastikan pencapaian
matlamat organisasi.
2. Piawaian
¢ Objektif boleh dijadikan sebagai
tanda aras atau kayu ukur bagi menilai kemajuan kerja agar tindakan pembetulan
dapat diambil jika perlu.
¢ Ia berfungsi sebagai satu piawaian
dalam membuat penilaian.
3. Rasional
¢ Melalui objektif yang ditetapkan,
pengurus mengetahui apa tindakan yang perlu diambil oleh organisasi mengikut
kesesuaian atau kerasionalan tanpa dipengaruhi oleh emosi
¢ Segala keputusan dibuat adalah untuk
memastikan polisi dalaman, peranan, struktur dan juga perbelanjaan dan
sebagainya dibuat menjurus kepada hasil yang hendak dicapai.
¢ Keputusan organisasi mestilah selari
dengan perancangan.
4. Keberkesanan kos
¢ Objektif yang ditentukan biasanya
mempertimbangkan pelbagai perkara seperti memastikan sumber-sumber digunakan
dengan cekap bagi mengurangkan kos dan mengelakkan pembaziran dalam organisasi.
¢ Sebarang pembaziran kos dapat dikesan
dari awal dan ianya dapat diperbetulkan sebelum berlaku.
5. Keformalan
¢ Objektif yang ditetapkan secara
formal akan memberitahu pekerja secara rasmi apa yang perlu dilakukan untuk
mencapai matlamat yang ditetapkan.
¢ Pekerja akan dapat menyusun aktiviti
mereka dan bekerja sama secara berkumpulan.
¢ Memastikan struktur yang
bersistematik untuk mencapai matlamat organisasi.
ALAT-ALAT PERANCANGAN
1. Belanjawan
¢ Satu bentuk perancangan yang
memperuntukkan sumber kewangan untuk pelaksanaan sesuatu aktiviti, projek atau
program bagi sesuatu tempoh tertentu.
KEGUNAAN:
¢ Merupakan alat pengurusan yang
penting bagi tujuan pengagihan sumber kewangan yang terhad untuk
pelbagai kegunaan.
¢ Merancang perbelanjaan organisasi bagi suatu tempoh
tertentu.
2. Titik Pulang Modal (TPM)
DEFINISI – Analisis yang digunakan untuk mengkaji hubungan antara jualan
(hasil) dengan kos untuk menentukan titik di mana jumlah jualan akan menyamai
jumlah kos iaitu titik pulang modal.
• Ia tercapai bila Jumlah Hasil= Jumlah
Kos
• Firma akan mempastikan output yang dijual
melebihi titik yang telah ditetapkan supaya memperolehi keuntungan.
KEGUNAAN:
• TPM digunakan untuk menentukan unit minima yang
patut dikeluarkan atau dijual untuk mendapat pulangan modal.
¢ TPM boleh ditunjukkan dalam nilai
wang (ringgit) atau volum jualan mengikut formula berikut:
TPM (unit)
= KT
H - KB
TPM (ringgit) = TPM (unit) x H
¢ Analisis TPM boleh juga ditunjukkan
dengan grafik (lakaran graf) - merupakan titik persilangan di antara garis
jumlah hasil (JH) dengan garis jumlah kos (JK).
3. CARTA GANTT
¢ DEFINISI – Carta berbentuk bar yang
menunjukkan susunan langkah-langkah atau aktiviti di dalam suatu projek dan
masa yang diperuntukkan bagi menyelesaikan setiap langkah atau aktiviti
tersebut
KEGUNAAN:
¢ Sebagai panduan dalam
melaksanakan projek mengikut masa yang ditetapkan.
¢ Merancang kemajuan projek.
¢ Merancang kos pelaksanakan
projek.
Contoh: Proses membuat baju Butik Zila
Kerja
|
Masa
|
Melakar
|
1/6/2012
– 7/6/2012
|
Menggunting
|
7/6/2012
-14/6/2012
|
Menjahit
|
8/6/2012
– 21/6/2012
|
Membungkus
|
15/6/2012
– 28/6/2012
|
Carta Gantt : Aktiviti Menyiapkan 50 helai pakaian
4. CARTA PERT
·
Ialah rajah yang menggunakan garisan bagi mewakili turutan
aktiviti-aktiviti dan masa yang diperuntukkan di dalam menyiapkan sesuatu
projek di mana melaluinya masa terpanjang (laluan genting) projek dapat
disiapkan boleh diketahui.
KEGUNAAN
• Merancang kemajuan projek dari segi
tempoh masa yang diperlukan untuk menyiapkan sesuatu aktiviti dalam projek.
• Merancang kos pelaksanaan projek
berdasarkan tempoh masa penyiapan projek.
• Sebagai panduan dalam melaksanakan
projek mengikut rancangan masa yang ditetapkan.
• Merancang kegiatan yang penting yang
perlu dilaksanakan dahulu.
Aktiviti
|
Aktiviti
Terdahulu
|
Masa
(hari)
|
A
|
Tiada
|
4
|
B
|
Tiada
|
8
|
C
|
A
|
6
|
D
|
B,C
|
3
|
E
|
D
|
4
|
Contoh Carta Pert