Langkah
Yang Perlu Diambil Untuk Menjaga Keselamatan Dalam Bengkel.
1. Gunakan pakaian pelindungan yang sesuai semasa bekerja.
2. Gunakan semua mesin dengan cara yang betul dan cermat.
3. Baca
dengan teliti semua penerangan arahan dan nota amaran mesin yang sedia ada
sebelum memulakan kerja.
4. Perhatikan
sebarang kemudahan keselamatan dan pintu kecemasan yang ada di dalam tempat
kerja.
5. Periksa
dan pastikan kemudahan-kemudahan kecemasan mesin berada didalam keadaan yang
baik dan lapurkan pada guru anda jika terdapat kerosakan.
6. Semua
mesin alat dan tempat kerja hendaklah dibersihkan dengan teliti selepas
menggunakannya.
7. Jika mengesyaki terdapat kerosakan, hentikan semua kerja dan lapurkan kepada Guru anda. Jangan mulakan kerja
sehigga kerosakan itu ditemui dan dibaikpulihkan.
8. Semua
pelajar mestilah faham tentang langkah – langkah yang perlu diambil sekiranya
berlaku kemalangan , kebakaran atau kecemasan.
KESELAMATAN DIRI
SENDIRI
Pakaian Bengkel
Ini merupakan
perkara utama yang perlu dipatuhi oleh setiap pekerja seperti :-
·
Gunakan baju lengan panjang yang dibuat dari kain tebal ,
berbutang dan tidak berpoket , manakala seluar pula hendak lah tidak berlipat
·
Kasut hendalah sekurang – kurang di buat dari getah
mengelakan dari tergelincir tetapi lebih baik menggunakan kasut keselamatan.
Rajah 1 Tatacara Pakaian
· Gunakan
pakaian khas seperti apron , sarung lengan dan sarung tangan yang dibuat dari
kulit mengelakkan badan dari terkena percikan arka.(apabila melakukan
kerja-kerja kimpalan)
· Semua
pakaian di atas hendaklah terhindar dari minyak dan gris serta api bagi
mengelakan dari reput dan mendatangkan penyakit.
· Jangan
memakai jam , cincin , rantai atau tali leher yang mana mudah terperangkap pada mesin yang bergerak.
· Jangan
membawa sebarang mancis atau pemetik api dan di simpan di dalam poket. Ini akan merbahaya jika tersambar oleh
percikan api.
Pelindung
pada muka
Kelengkapan ini adalah bertujuan bagi melindungi bahagian
muka terutama mata dari terkena cahaya mengimpal dan percikan arka.
Welding
shields
Terdapat
dua jenis iaitu Hand Shield dan Head Shield. Kegelapan cermin penapis adalah
No. 10 – 14
Welding
Goggle
Kelengkapan
ini adalah bagi melindung mata dari terkena serpihan logam semasa mencanai
dan mengetuk terak
dari batas kimpal.
KESELAMATAN KETIKA MENGGUNAKAN PERALATAN KETUKANGAN DAN
MESIN.
Apabila bekerja
dengan menggunakan mesin atau alat – alat tertentu maka berapa perkara penting
haruslah dipatuhi seperti :-
a)
Tahu aturan pengedalian sesuatu peralatan dan mesin
ketika hendak menggunakannya.
I.
Pilih alat yang betul akan kesesuaian dengan kerja yang
akan dilakukan .
II.
Jangan gunakan mesin atau peralatan yang belum tahu akan
cara operasinya.
b)
Pengendalian sesuatu peralatan
I.
Alat yang tajam mestilah dibawa matanya menghala ke bawah
.
II.
Apabila bekerja di bahagian atas , memanjat dan meniti
alat hendaklah digantung atau diletakkan di dalam bekas yang selamat .
III.
Sebelum menggunakan alat kuasa lektrik ( power tool )
pasti ia dalam keadaan memuaskan. Jika terdapat kerosakan jangan cuba untuk
diperbaiki tanpa kebenaran. Pastikan bekalan arus ke mesin diputuskan sebelum
melakukan sebarang ubah suai pada mesin itu.
KESELAMATAN ELEKTRIK.
Kelengkapan – kelengkapan dibengkel kimpalan beroperasi
dengan menggunakan kuasa lektrik. Oleh itu jika sesuatu kelengkapan hendak
digunakan perlulah mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh Jabatan
Bekalan elektrik (JBE) atau Institution Electrical Engineering (IEE).
1.
Pastikan semua dawai elektrik yang digunakan bertebat
atau penebatnya berada dalam keadaan yang baik.
2.
Punca – punca bekalan elektrik mestilah disambung dengan
rapi dan mengikut peraturan yang telah ditepikan oleh Jabatan Bekalan
Lektrik atau IEE.
3.
Alat – alat yang digunakan hendaklah ditebat dengan baik.
4.
Gunakan alat yang sesuai untuk menguji litar elektrik,
seperti penguji atau Meter pelbagai
5.
Pastikan kasut yang digunakan tidak membenarkan
pengaliran elektrik .Gunakan kasut getah yang kering dan tidak berminyak.
6.
Pastikan tangan atau pakaian sentiasa kering sewaktu
mengendalikan alat –alat elektrik.
7.
Elakkan jari atau anggota kita daripada menyentuh dawai-
dawai elektrik yang tidak bertebat.
8.
Pastikan pelajar mengetahui kedudukan suis kecemasan yang
dapat memutuskan bekalan pada
keseluruhan tempat bekerja jika berlakunya kebakaran atau kemalangan elektrik.
9.
Pastikan beban sesuatu punca bekalan tidak digunakan
melebihi hadnya contohnya jika punca bekalan ialah 15 ampere, jangan gunakan
beban 20 Ampere.
KEKEMASAN TEMPAT BEKERJA ATAU
BENGKEL.
1.
Pastikan didalam dan di sekitar tempat kerja dalam
keadaan yang tersusun rapi supaya tidak
menghalang segala pergerakan.
2.
Pastikan lantai dalam keadaan kering terutama dari
tumpahan minyak atau bahan mudah terbakar supaya mengelakkan terjadinya
sebarang kemalangan jiwa.
3.
Peralatan tangan yang sering digunakan hendaklah di
simpan ditempat yang dikhaskan dan perlulah dijaga dengan baik dan kemas.
4.
Kawasan kerja mestilah mempunyai susunatur yang betul dan
ada ruang
5. pergerakan yang mudah apabila berlaku sebarang kecemasan atau kemalangan di dalam
bengkal atau tempat kerja.
6. Segala kalengkapan keselamatan hendaklah di
sediakan untuk mengelak sebarang kejadian
yang tidak di ingini berlaku seperti First Aid,Pili Bomba,Loceng
Keselamatan,Tanda Amaran,Pemadam Kebakaran serta laluan utama di sediakan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan