Dilarang Copy Paste

Jumaat, 12 Oktober 2018

KEMALANGAN JIWA


PENGENALAN DAN MAKSUD
Kemalangan akan berlaku dimana sahaja dan tidak memilih mangsa tertentu sahaja. Sebagai seorang pekerja yang akan menghadapi bahaya kemalangan. Dari itu kita harus menitik beratkan tentang keselamatan diri kita dan juga orang lain.
Bahaya yang mungkin berlaku bolehlah dibahagi kepada beberapa faktor seperti :-
·         Disebabkan kecuaian dari segi teknik.
·         Dari segi fizikal.
·         Dari segi biological.
·         Dari segi piskososial dan egornomica.
·         Dari segi bahan kimia.
Seseorang pekerja akan terdedah kepada bahaya kemalangan yang tidak disedari bila berlakunya sewaktu bekerja. Oleh itu peraturan keselamatan di tempat kerja dan peraturan am di tempat kerja “WAJIB” diketahui dan diikuti oleh seseorang pekerja. Dengan ini sahaja kemalangan dapat dielakkan.

PUNCA KEMALANGAN
Terdapat dua ( 2 ) punca utama kemungkinan berlakunya kemalangan iaitu :-
 
i)   Kemalangan berpunca dari kecuaian manusia

Sifat cuai ketika bekerja boleh menyebabkan kemalangan mudah berlaku. Diantara sifat cuai :-
a)    Sifat tidak bertanggungjawab
b)   Menyalahgunakan peralatan untuk tujuan lain seperti untuk bergurau
c)    Tidak mematuhi tanda amaran ditempat kerja seperti dilarang merokok

ii)   Kemalangan berpunca dari keadaan peralatan dan mesin serta suasana kerja
Selain dari sifat cuai manusia, kemalangan boleh berlaku akibat dari keadaan mesin, peralatan dan juga suasana kerja. Diantaranya :-
a)    Logam yang keras dan tajam boleh mencederakan
b)   Serpihan logam yang panas boleh menyebabkan kebakaran atau melecurkan anggota badan
c)    Logam yang terlalu berat dan saiz yang besar.
d)    Bahagian mesin yang bergerak boleh menyebabkan kehilangan pancaindera
e)    Lantai yang licin akibat tumpahan minyak
f)     Bahan kimia yang berasid

Antara perkara asas yang perlu dititikberatkan oleh pekerja untuk mengelakan dari berlakunya kemalangan adalah seperti,
     I.           Mengutamakan kebersihan setiap waktu
   II.          Mempunyai   sikap bertanggungjawab terhad
 III.         Bertimbang rasa terhadap kebajikan kawan-kawan sekerja
  IV.         Menghargai dan berpuashati dengan hasil kerja
    V.          Tidak gopoh semasa melakukan kerja
  VI.         Sentiasa mematuhi peraturan-peraturan di bengkel

Rajah 1 kemalangan & punca kemalangan

BAHAYA ELEKTRIK


Kebanyakan dan hampir keseluruhan peralatan di bengkel menggunakan tenaga elekrtrik. Bahaya elektrik boleh menyebabkan kehilangan nyawa dan kerugian yang amat besar pada diri sendiri. Di antara bahya elektrik yang sering berlaku ialah :-

a)    Renjatan elektrik
Puncanya :-
1.    Kerosakan alat-alat elektrik seperti kabel yang pecah dan sebagainya
2.    Kerosakan alat pelindung arus kebocoran bumi dan tidak disambung ke bumi.
3.    Kesilapan semasa mengubahsuai peralatan. Oleh itu sebarang kerja penyambungan hendaklah dibuat oleh orang yang ditauliahkan.

b)   Kebakaran elektrik
Puncanya :-
1.    Penggunaan kabel yang tidak bersesuaian dengan arus yang digunakan
2.    Penggunaa fius yang tidak bersesuaian dengan kadar arus
3.    Kilat
4.    Pelindung arus tidak dapat memutuskan arus bila berlakunya litar pintas

Langkah  untuk menghindar dari bahaya elektrik

a)    Mesin dan alat elektrik hendaklah dibumikan dengan wajarnya.
b)    pastikan semua fius, pemintas, pemintas kilat, pemutus litar dan alat kecemasan pada mesin itu di dalam keadaan baik dan selamat
c)     Pastikan semua sambungan wayar elektrik diselaput dengan penebat dengan betul.
d)    Jangan menggunakan alat elektrik sambil berdiri di lantai yang lembab atau tangan yang basah.
e)    Jangan sekali-kali mengubah suai alat-alat elektrik tanpa kebenaran dan pemerhatian oleh mereka yang ditauliahkan.

PERTOLONGAN KECEMASAN

Pertolongan kecemasan perlulah diberi pada mangsa kemalangan secepat mungkin sementara perubatan yang sempurna diberi. Bentuk pertolongan  kecemasan mestilah sesuai dan betul dengan keadaan kemalangan yang dialami oleh mangsa. Jika berlaku kemalangan jangan panik dan perlu bertenang serta beri bantuan apa yang mampu sahaja.

Langkah utama yang perlu sewaktu berlaku kemalangan ialah :-

a)    Matikan suis mesin atau suis utama dengan serta merta
b)    Pindahkan mangsa dari kawasan kemalangan jika difikirkan betul-betul perlu. Mengalih mereka yang cedera pada bahagian leher atau tulang belakang akan membuat keadaan kecederaan bertambah teruk.
c)  Dapatkan pertolongan perubatan dengan segera.



Rajah 3 Cuci mata dengan air yang mengalir terkena bahan kimia

Langkah kecemasan yang boleh dibuat sebelum pertolongan perubatan sampai ialah :-

i). Menghentikan pendarahan

Caranya : 

Menekan terus bahagian luka dengan kain atau lampin yang bersih. Gunakan kain tambahan jika pertama berlumuran darah.Angkat bahagian luka itu ke atas,iaitu melebihi paras jantung.





ii) Memulihkan mangsa renjatan elektrik
Diantara tanda orang kena kejutan elektrik ialah :-
a)    Kulit kelihatan pucat dan kebiruan
b)    Denyutan nadi lemah
c)     Kulit terasa sejuk dan berpeluh
d)    Pernafasan pantas, singkat dan tidak tetap
e)    Mangsa mengadu kehausan dan terasa hendak muntah
f)     Mangsa hilang ingatan
g)    Anak mata terbuka luas seperti ke bawah

Bantuan segera hendaklah di beri :-
a)       Hentikan bekalan letrik,jika suiz tidak dapat ditutup alihkan mangsa         
   supaya tidak menyentuh arus yang mengalir.
b)       Gunakan bahan penebat untuk menyentuh mangsa .
c)       Jauhkan dari bahan yang basah dan bahan pengalir dari kawasan terlibat .
d)       Berikan rawatan sekadar yang termampu dan dapatkan rawatan doktor seberapa segera.
Teknik memulikan pernafasan
a)    Telentangkan mangsa tersebut dan buka mulutnya dan keluarkan sebarang
      makanan atau halangan.(Lihat gambarajah 1)
b)   Gerakan kepala si mangsa ke belakang seberapa yang dapat dengan

     merenggangkan lehernya supaya dagunya ke atas.(Lihat gambarajah 2)
a)    Buka rahang nya ,picit hidung dan sedutlah nafas yang panjang.(Lihat gambarajah 3)
b)  Letakkan mulut anda ke atas mulutnya dan hembuskan udara de dalam paru–paru sehingga dadanya terangat.(Lihat gambarajah 4)

c) Angkat mulut anda dan perhatikan dadanya 10 hingga 12 nafas seminit.(Lihat gambarajah 5)


Untuk memulihkan mangsa kejutan itu ialah :
a)    Baringkan mangsa kemalangan dengan keadaan kakinya lebih tinggi dari kepala.
b)    Selimutkan mangsa secukupnya supaya badan sentiasa panas
c)     Jika mangsa kemalangan tidak sedarkan diri dan tidak teruk, iringkannya supaya sebarang darah atau bendalir boleh keluar dari mulutnya

iii. Merawat kecedaraan mata
Jika terdapat serpihan atau percikan logam yang termasuk ke dalam mata, jangan buat apa-apa dan dapatkan bantuan perubatan dengan segera.

iv. Merawat luka melecur
Cuba sejukan bahagian yang melecur dengan membersihkannya dengan air bersih. Kemudian balut dengan kain bersih. Jangan sapu sebarang minyak.

Peti Pertolongan Kecemasan
Setiap bengkel mestilah dilengkapkan dengan peti pertolongan cemas dan peti tersebut haruslah diletak di tempat yang sesuai dan mudah diperolehi apabila diperlukan.

Senarai ubatan dan alatan serta cara menggunakannya.
UBATAN DAN ALATAN
KEGUNAAN DAN RAWATAN
Solvan
Untuk merawat luka dan kudis
Gentian biru(blue lotion)
Untuk merawat luka dan kudis
Ubat cium (smelling salt)
Untuk menyedarkan mangsa yang pengsan
Larutan iodin
Untuk merawat luka
Kapas
Untuk menyapu luka, menyapu ubat pada luka dan sebagai penutup luka
Dressing strip E plast
Untuk menutup luka
Kain pembalut
Untuk membalut luka dan anggota terseliuh
Krim antilecur
Untuk merawat kulit yang terbakar dan melecur
Pil penahan sakit
Untuk meredakan sakit dan pening kepala
Cecair optrex
Untuk mencuci mata

Tiada ulasan:

Catat Ulasan