Salam sejahtera dan muhibah. Hari ini telah masuk satu ramadan dan esok umat Islam mula berpuasa. Saya pun turut berpuasa esok. Oh terlupa pula Assalamuallaikum dan salam sejahtera. Tujuan saya menulis blog ini adalah untuk berkongsi ilmu kepada anda semua tentang apa yang saya tahu. Saya memang suka menulis. Jadi blog ini dibuat untuk meluahkan isi hati dan kasih sayang sesama manusia. Saya juga ingin berkongsi pengalaman saya sepanjang hidup saya kepada anda semua.
Alhamdulilah syukur kepada Allah yang maha kasih dan lagi maha penyayang kerana membenarkan saya hidup dimuka buminya sehingga hari ini. Saya sebenarnya telah membuka laman sesawang www.pustakamultimedia.com untuk membuat kursus secara online.
Saya juga ingin berkongsi ilmu mengenai LMS. Apa itu LMS? LMS ialah istilah Learning Management System atau dalam bahasa Melayu bermaksud Sistem Pengurusan Pembelajaran. Sistem ini adalah memudah guru/pensyarah/pengajar boleh berinteraksi dengan murid di alam maya (online).
Ada pelbagai jenis sistem di luar sana yang digunakan oleh institut/pusat pengajian dan ada juga pusat tuisyen yang mengunakan perisan ini. Maka dengan itu saya telah mengambil inesiatif untuk membuka LMS ini untuk guru-guru, penyarah dan pengajar yang terlibat dengan program pembelajaran untuk menjalankan pembelajaran mereka secara online.
Oh rasa tak terlawat lagi untuk mengucap harijadi pada diri saya, 20 mei yang lalu diusia saya yang ehem-ehem malu nak bagi tahu. Isteri saya telah membeli kek untuk itu, terima kasih sayang. Ok semua yang saya cerita ini adalah kebahagian hati saya yang tidak dapat saya gambarkan. Semoga dengan blog ini dapatlah berkongsi ilmu yang menunjukkan kebagian diri saya hasil luahan hati.
Inilah keknya tanda kebagian diri saya terhadap keluar saya dan isteri
Tiada ulasan:
Catat Ulasan