Dilarang Copy Paste

Ahad, 5 Jun 2016

PENYELENGGARAAN KENDERAAN PERDAGANGAN

Hai, Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kali ini saya ingin bercerita sikit tentang penyelengaraan kenderaan perdagangan. Kenderaan perdagangan mempunyai istilahnya yang tersendiri. Di Malaysia, kursus penyelenggaraan kenderaan ini adalah seperti, lori satu tan, bas dan trak 3 tan yang berjalan di atas jalan raya. (On road).

Kursus ini terdapat di IKBN dan IKTBN di seluruh Malaysia. Kursus ini juga terdapat di Institut Latihan Perindustrian. Lepasan kursus ini adalah sehingga tahap 3 Sijil Kemahiran Malaysia (SKM3), yang membolehkan mereka bekerja dengan kelayakan sijil yang ada.

Lepasan-lepasan ini nanti boleh bekerja di sektor awam dan swasta dan sijil ini diiktiran oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Lepasan-lepasan ini juga boleh menyambung pengajian mereka di institusi-institusi atau pusat-pusat pengajian awam dan swasta keperingkat yang lebih tinggi lagi dalam mengapai aspirasi kerja mereka. Laluan mereka adalah Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) dan seterusnya Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM).

Kursus SKM penyelenggaraan kenderaan perdagangan ini terdiri daripada tiga tahap iaitu:-

  • SKM Tahap 1
  • SKM Tahap 2
  • SKM Tahap 3
Bagi melanjutukan pelajaran ke peringkat tertinggi terdiri dari dua tahap iaitu:-

  • DKM Tahap 4
  • DLKM Tahap 5
Antara topik-topik yang ada dalam penyelenggaraan kenderaan perdagangan ialah;-

  1. Penyelenggaraan enjin
  2. Penyelenggaraan elektrik kenderaan
  3. Penyelenggaraan cesi dan alatan tambahan
  4. Penyelian dan sebagainya.
Justeru rebutlah peluang ini bagi merancakan industri automotif di Malaysia dan amnya di peringkat dunia. Kerajaan telah membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk memastikan rakyat Malaysia mempunyai ramai tenaga mahir, untuk menjadi sebuah negara maju.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan