Dilarang Copy Paste
Ahad, 4 November 2018
Jumaat, 2 November 2018
Sabtu, 27 Oktober 2018
Selasa, 23 Oktober 2018
Ahad, 14 Oktober 2018
Sabtu, 13 Oktober 2018
Jumaat, 12 Oktober 2018
KEMALANGAN JIWA
PENGENALAN DAN MAKSUD
Kemalangan akan berlaku dimana sahaja
dan tidak memilih mangsa tertentu sahaja. Sebagai seorang pekerja yang akan
menghadapi bahaya kemalangan. Dari itu kita harus menitik beratkan tentang
keselamatan diri kita dan juga orang lain.
Bahaya yang mungkin berlaku bolehlah
dibahagi kepada beberapa faktor seperti :-
·
Disebabkan kecuaian dari segi teknik.
·
Dari segi fizikal.
·
Dari segi biological.
·
Dari segi piskososial dan egornomica.
·
Dari segi bahan kimia.
Seseorang
pekerja akan terdedah kepada bahaya kemalangan yang tidak disedari bila
berlakunya sewaktu bekerja. Oleh itu peraturan keselamatan di tempat kerja dan
peraturan am di tempat kerja “WAJIB” diketahui dan diikuti oleh seseorang
pekerja. Dengan ini sahaja kemalangan dapat dielakkan.
PUNCA
KEMALANGAN
Terdapat
dua ( 2 ) punca utama kemungkinan berlakunya kemalangan iaitu :-
i) Kemalangan berpunca
dari kecuaian manusia
Sifat cuai
ketika bekerja boleh menyebabkan kemalangan mudah berlaku. Diantara sifat cuai
:-
a)
Sifat tidak bertanggungjawab
b)
Menyalahgunakan peralatan untuk tujuan lain seperti untuk
bergurau
c)
Tidak mematuhi tanda amaran ditempat kerja seperti
dilarang merokok
ii) Kemalangan berpunca dari keadaan peralatan
dan mesin serta suasana kerja
Selain dari sifat cuai manusia, kemalangan boleh berlaku akibat dari
keadaan mesin, peralatan dan juga suasana kerja. Diantaranya :-
a)
Logam yang keras dan tajam boleh mencederakan
b)
Serpihan logam yang panas boleh menyebabkan kebakaran
atau melecurkan anggota badan
c)
Logam yang terlalu berat dan saiz yang besar.
d)
Bahagian mesin yang bergerak boleh menyebabkan kehilangan
pancaindera
e)
Lantai yang licin akibat tumpahan minyak
f)
Bahan kimia yang berasid
Antara perkara asas yang perlu dititikberatkan oleh pekerja untuk
mengelakan dari berlakunya kemalangan adalah seperti,
I.
Mengutamakan
kebersihan setiap waktu
II.
Mempunyai sikap bertanggungjawab terhad
III.
Bertimbang rasa terhadap kebajikan kawan-kawan sekerja
IV.
Menghargai dan berpuashati dengan hasil kerja
V.
Tidak gopoh semasa
melakukan kerja
VI.
Sentiasa mematuhi peraturan-peraturan di bengkel
Rajah 1 kemalangan & punca kemalangan
BAHAYA ELEKTRIK
Kebanyakan dan hampir keseluruhan peralatan di bengkel menggunakan tenaga
elekrtrik. Bahaya elektrik boleh menyebabkan kehilangan nyawa dan kerugian yang
amat besar pada diri sendiri. Di
antara bahya elektrik yang sering berlaku ialah :-
a)
Renjatan
elektrik
Puncanya :-
1.
Kerosakan alat-alat elektrik seperti kabel yang pecah dan
sebagainya
2.
Kerosakan alat pelindung arus kebocoran bumi dan tidak
disambung ke bumi.
3.
Kesilapan semasa mengubahsuai peralatan. Oleh itu
sebarang kerja penyambungan hendaklah dibuat oleh orang yang ditauliahkan.
b)
Kebakaran
elektrik
Puncanya :-
1.
Penggunaan kabel yang tidak bersesuaian dengan arus yang
digunakan
2.
Penggunaa fius yang tidak bersesuaian dengan kadar arus
3.
Kilat
4.
Pelindung arus tidak dapat memutuskan arus bila
berlakunya litar pintas
Langkah untuk menghindar dari bahaya elektrik
a)
Mesin dan alat elektrik hendaklah dibumikan dengan
wajarnya.
b)
pastikan semua fius, pemintas, pemintas kilat, pemutus
litar dan alat kecemasan pada mesin itu di dalam keadaan baik dan selamat
c)
Pastikan semua sambungan wayar elektrik diselaput dengan
penebat dengan betul.
d)
Jangan menggunakan alat elektrik sambil berdiri di lantai
yang lembab atau tangan yang basah.
e)
Jangan sekali-kali mengubah suai alat-alat elektrik tanpa
kebenaran dan pemerhatian oleh mereka yang ditauliahkan.
PERTOLONGAN
KECEMASAN
Pertolongan
kecemasan perlulah diberi pada mangsa kemalangan secepat mungkin sementara
perubatan yang sempurna diberi. Bentuk pertolongan kecemasan mestilah sesuai dan betul dengan
keadaan kemalangan yang dialami oleh mangsa. Jika berlaku kemalangan jangan
panik dan perlu bertenang serta beri bantuan apa yang mampu sahaja.
Langkah utama yang
perlu sewaktu berlaku kemalangan ialah :-
a)
Matikan suis mesin atau suis utama dengan serta merta
b)
Pindahkan mangsa dari kawasan kemalangan jika difikirkan
betul-betul perlu. Mengalih mereka yang cedera pada bahagian leher atau tulang
belakang akan membuat keadaan kecederaan bertambah teruk.
c) Dapatkan pertolongan perubatan dengan segera.
Rajah 3 Cuci mata dengan air yang mengalir terkena bahan kimia
Langkah kecemasan
yang boleh dibuat sebelum pertolongan perubatan sampai ialah :-
i). Menghentikan pendarahan
Caranya :
Menekan terus bahagian luka dengan kain atau lampin yang bersih. Gunakan kain tambahan jika pertama berlumuran darah.Angkat bahagian luka itu ke atas,iaitu melebihi paras jantung.
ii) Memulihkan mangsa renjatan
elektrik
Diantara tanda
orang kena kejutan elektrik ialah :-
a) Kulit kelihatan pucat dan kebiruan
b) Denyutan nadi lemah
c) Kulit terasa sejuk dan berpeluh
d)
Pernafasan pantas, singkat dan tidak tetap
e)
Mangsa mengadu kehausan dan terasa hendak muntah
f) Mangsa hilang ingatan
g)
Anak mata terbuka luas seperti ke bawah
Bantuan segera
hendaklah di beri :-
a)
Hentikan bekalan
letrik,jika suiz tidak dapat ditutup alihkan mangsa
supaya tidak menyentuh arus yang mengalir.
b)
Gunakan bahan penebat untuk menyentuh mangsa .
c)
Jauhkan dari bahan yang basah dan bahan pengalir dari
kawasan terlibat .
d)
Berikan rawatan sekadar yang termampu dan dapatkan
rawatan doktor seberapa segera.
Teknik memulikan pernafasan
a)
Telentangkan mangsa tersebut dan buka mulutnya dan
keluarkan sebarang
makanan atau halangan.(Lihat gambarajah
1)
b) Gerakan kepala si mangsa ke belakang seberapa yang dapat
dengan
merenggangkan
lehernya supaya dagunya ke atas.(Lihat gambarajah 2)
a)
Buka rahang nya ,picit hidung dan sedutlah nafas yang
panjang.(Lihat gambarajah
3)
b) Letakkan mulut anda ke atas mulutnya dan hembuskan udara de
dalam paru–paru sehingga dadanya terangat.(Lihat gambarajah 4)
c) Angkat mulut anda dan perhatikan dadanya 10 hingga 12
nafas seminit.(Lihat gambarajah
5)
Untuk
memulihkan mangsa kejutan itu ialah :
a)
Baringkan mangsa kemalangan dengan keadaan kakinya lebih
tinggi dari kepala.
b)
Selimutkan mangsa secukupnya supaya badan sentiasa panas
c)
Jika mangsa kemalangan tidak sedarkan diri dan tidak
teruk, iringkannya supaya sebarang darah atau bendalir boleh keluar dari
mulutnya
iii.
Merawat kecedaraan mata
Jika terdapat
serpihan atau percikan logam yang termasuk ke dalam mata, jangan buat apa-apa
dan dapatkan bantuan perubatan dengan segera.
iv.
Merawat luka melecur
Cuba sejukan
bahagian yang melecur dengan membersihkannya dengan air bersih. Kemudian balut
dengan kain bersih. Jangan sapu sebarang minyak.
Peti Pertolongan Kecemasan
Setiap bengkel mestilah dilengkapkan dengan peti pertolongan cemas dan peti
tersebut haruslah diletak di tempat yang sesuai dan mudah diperolehi apabila
diperlukan.
Senarai ubatan dan alatan serta cara
menggunakannya.
UBATAN DAN ALATAN
|
KEGUNAAN DAN RAWATAN
|
Solvan
|
Untuk
merawat luka dan kudis
|
Gentian
biru(blue lotion)
|
Untuk
merawat luka dan kudis
|
Ubat
cium (smelling salt)
|
Untuk
menyedarkan mangsa yang pengsan
|
Larutan
iodin
|
Untuk
merawat luka
|
Kapas
|
Untuk
menyapu luka, menyapu ubat pada luka dan sebagai penutup luka
|
Dressing
strip E plast
|
Untuk
menutup luka
|
Kain
pembalut
|
Untuk
membalut luka dan anggota terseliuh
|
Krim
antilecur
|
Untuk
merawat kulit yang terbakar dan melecur
|
Pil
penahan sakit
|
Untuk
meredakan sakit dan pening kepala
|
Cecair
optrex
|
Untuk
mencuci mata
|
Langgan:
Catatan (Atom)