Assalamualaikum dan selamat tengah hari. Hari ni saya akan share berkaitan dengan Proposal atau Kertas Cadangan untuk Projek Tahun Akhir. Untuk contoh yang saya beri adalah mengikut format yang dibuat.
➤Perkara pertama yang perlu dilakukan sebelum start buat proposal adalah Mengenalpasti tajuk
projek.
Sebab apa kena ada tajuk dulu? Sebabnya kalau takde tajuk korang boleh ke tahu perkara-perkara penting untuk meyakinkan yang projek korang ni boleh diterima pakai masyarakat. (Ehhh tak yah gi jauh jauh lagi.) Lebih senang lagi, korang kena yakinkan pihak kolej bahawa produk atau projek korang tu sesuai digunakan dan berfaedah.
Okey, lepas dah tahu tajuk baru lah boleh start buat proposal right?
➤Perkara yang perlu ada dalam Proposal.
1. Muka Depan (nama korang di atas dan nama penyelia di bawah)
2. Isi Kandungan
3. Pengenalan
4. Penyataan Masalah
5. Objektif Projek
6. Tujuan Projek
7. Kajian Literasi
8. Metodologi *untuk metodologi proposal korang just letak cara basic untuk buat projek
korang je then letak lah gambarajah blok*
9. Jangkaan Hasil
10. Anggaran kos
11. Carta Alir
12. Carta Gantt
13. Lampiran
14. Rujukan
Tu je perkara yang perlu ada dalam proposal atau kertas cadangan PTA.
⏩ Kalau korang nak tahu, saya suka asingkan file untuk setiap perkara. Kira macam kat atas ni ada 14
perkara, so saya akan buat 14 file untuk setiap tajuk and kumpulkan dalam satu folder.
⏩ Saya buat macam tu sebab takde lah pening kepala masa nak edit nanti. Bila dah betul-betul
comfirm siap baru saya gabungkan dalam satu file. Masa tu baru lah letak muka suka. Alright.
And now lets start.
Kalau untuk muka depan tu i think tak perlu kut nak tunjuk sebab masing-masing mesti tahu fomat muka depan. and then letak lah gambar korang dekat muka depan proposal tu.HAHAHAH gurau saja bah. Jangan ikut pulak. Korang just letak logo kv korang and kalau nak letak logo KPM pun boleh.
Isi kandungan pun boleh buat sendiri right. Alaaa isi tempat kosong jek. Tapi buat isi kandung lah yang paling leceh.
1.PENGENALAN.
Dekat bahagian ni korang kena cerita betul-betul pasal produk/projek yang korang nak buat. Kiranya kalau orang baca pengenalan korang ni, orang dah tahu apa yang korang nak buat, apa manfaatnya and lain lain. Dekat sini saya share pengenalan berkaitan denga projek tahun akhir yang tidak kesampaian. Hahahah.
Cerita sikit lah, act untuk projek tahun akhir last year nak buat Penambahbaikan Sistem Barcode. Tapi disebabkan komponen susah dapat, saya terpaksa redha dan buat projek lain. Okay jom sambung.
PENGENALAN
Projek yang ingin dilaksanakan oleh kami untuk Projek Tahun Akhir 2017 ini adalah penambahbaikan sistem kod bar. Sebuah kod bar adalah sebuah perwakilan maklumat yang biasanya menggunakan dakwat gelap dan latar belakang cerah yang boleh dikesan oleh sensor. Asalnya, kod bar menyimpan data melalui lebar dan ruang pada garis-garis selari tercetak, namun pada masa kini ia turut datang di dalam corak bebintik, bulatan-bulatan sepusat, dan kod teks yang tersembunyi di dalam gambar. Kod bar boleh dibaca oleh pengimbas optik yang dipanggil pembaca kod bar atau diimbas daripada gambar oleh perisian khas. Kod bar digunakan secara meluas untuk melaksanakan sistem Auto ID Data Capture (AIDC) yang meningkatkan kepantasan serta ketepatan kemasukan data komputer. Satu kelebihan kod bar berbanding kaedah lain adalah ia adalah lebih murah untuk dilaksanakan. Kos untuk melaksanakan kod bar yang menggunakan sensor PIR adalah lebih murah.
Sistem ini sememang sudah ada di pasaran tetapi kami ingin melakukan penambahbaikan pada sistem ini. Sistem yang sedia ada ini hanya direka khas untuk para pekerja di pasaraya untuk mengimas kod bar setiap barangan untuk mengetahui jenama produk dan harga nya. Untuk projek yang kami ingin laksanakan ini adalah untuk pengguna terutama kepada pihak kolej supaya dapat mengambil kehadiran pensyarah, staf, pekerja pembersihan serta pelajar. Projek ini terdiri daripada gabungan hardware dan software. Projek ini terdiri daripada beberapa gabungan. Antara gabungannya adalah perisian pengawal mikro 16F77A , pengimbas dan komputer ke satu atau banyak database untuk memasukkan dan menganalisis data.
'' Okay gaiss ni just contoh je tau. Saya tak cakap saya punya proposal ni perfect. Cuma saya nak share apa yang saya dah buat. ''
2. PENYATAAN MASALAH
Okay dekat bahagian ni, korang kena nyatakan masalah yang korang nampak dekat sekeliling korang. Sebab , bila ada masalah barulah korang boleh fikir apa yang koang nak buat untuk selesaikan masalah tu. Betul tak?
PENYATAAN MASALAH
Punca tercetusnya idea saya untuk melakukan penambahbaikan projek kod bar untuk Projek Tahun Akhir 2017 ini adalah kerana saya sering melihat sikap pelajar yang lewat menghantar buku rekod kedatangan yang disediakan oleh pihak pentadbiran. Hal ini akan menyusahkan pihak pentadbiran untuk memasukkan data setiap pelajar ke satu sistem khas yang disediakan untuk para pelajar. Masalah ini akan melewatkan kerja pihak pentadbiran hanya kerana sikap pelajar yang suka melewatkan penghantaran buku rekod kehadiran. Selain itu, saya dapati sesetengah pensyarah sering kehilangan buku rekod kehadiran pelajar. Dengan itu, jika pensyarah tidak membuat salinan ianya akan merumitkan dan melambatkan keadaan untuk mengambil semula kehadiran pelajaran, dan ianya akan merugikan untuk mencetak buku rekod kehadiran yang baru.
3. OBJEKTIF PROJEK
Untuk objektif projek pulak, korang kena tulis target projek korang ni dapat buat apa. Means
macam manfaat yang boleh diguna pakai lepas projek tu siap.
OBJEKTIF PROJEK
Objektif ini bertujuan untuk :-
1. Untuk memudahkan lagi pihak pentadbiran untuk memasukkan dan
menganalisis data.
2. Untuk memudahkan pihak pentadbiran mencari pelajar bermasalah yang
sekolah atau kuliah atau ponteng kolej.
3. Untuk mengurangkan kos cetakan buku kehadiran pelajar.
4. TUJUAN PROJEK
Dekat sini korang just cerita tujuan projek korang tu untuk apa. Contoh kalau korang buat
produk karipap frozen. Apa tujuan dia? Tujuan nya mestilah dapat membantu memudahkan
kerja pelanggan kalau nak makan karipap. Sebab, pelanggan tak perlu nak mengadun tepung
lagi. Beli , masuk peti sejuk lepas tu nanti boleh goreng. Dekat bawah ni contoh je tau gais.
TUJUAN PROJEK
Tujuan projek ini dilaksanakan adalah untuk memudahkan pentadbiran kolej dalam mengemaskini data dan kehadiran pelajar serta pensyarah ke kolej. Selain itu, projek ini dilaksanakan adalah untuk mengelakkan masalah pelajar yang suka ponteng bengkel dan kelas. Seterusnya, projek ini akan memudahkan pihak pentadbiran dalam mengakses data kehadiran pelajar dan ke kolej dan mencari pelajar yang sering melakukan masalah apabila pelajar ponteng kelas pembelajaran. Projek ini akan digunakan untuk setiap masa pembelajaran dilakukan dikolej.
5. METODOLOGI
Bahagian metodologi ni adalah bahagian yang korang kena terangkan cara korang nak
hasilkan sesuatu produk/projek. Dalam metologi ni jugak korang boleh masukkan
gambarajah blok, komponen dan peralatan yang korang gunakan.
METODOLOGI
Sistem kod bar ini akan mengesan kod bar apabila seseorang datang dan mengimbas kad matrik dan sensor akan mengesan kad matrik yang mempunyai kod bar tersendiri. Beberapa teknologi digunakan untuk mengesan sesuatu objek seperti sensor PIR, sensor radar, sensor laser, dan sensor infarmerah. Dalam projek ini saya menggunakan sensor PIR sebagai komponen utama bagi mengesan kod bar yang ada pada kad matrik tersebut. Apabila seseorang mengimbas kad matrik, sensor PIR akan mengesan kod. Sistem ini akan berfungsi sekiranya bekalan kuasa 12volt dibekalkan pada litar, isyarat yang dikesan oleh sensor PIR dihantar ke mikro pengawal 16F877A. Setelah kod bar dikesan LED merah akan menyala yang menunjukkan data kod bar telah dihantar ke dalam komputer menggunakan teknologi ICT yang berteknologi tinggi.
6. JANGKAAN HASIL
JANGKAAN HASIL
Jangkaan hasil untuk penambahbaikan projek kod bar yang akan dilaksanakan ini akan memberi kemudahahan kepada pihak kolej terutama kepada para guru untuk merekod kedatangan pelajar dengan lebih mudah tanpa ada berlaku sebarang kelewatan penghantaran buku rekod kehadiran yang sering dilakukan oleh kalangan pelajar kolej. Projek ini juga akan memberi manfaat kepada pihak pentadbiran untuk menganalisis dan menyemak data kehadiran pelajar ke kolej dengan lebih tepat dan cepat. Dengan adanya projek ini dikemudian hari, ia dapat mempercepatkan proses merekod kehadiran pelajar ke kolej dan dapat menjimatkan masa. Projek ini juga akan dijual dengan harga yang sangat berpatutan.
7. ANGGARAN KOS
ANGGARAN KOS
BIL | PERKARA | KUANTITI | HARGA SEUNIT | HARGA KESELURUHAN | |
1. | PERINTANG 330 | 7 | RM 0.40 | RM 2.80 | |
2. | PERINTANG 1K | 2 | RM 0.50 | RM 1.00 | |
3. | PERINTANG 4.7K | 1 | RM 0.60 | RM 0.60 | |
5. | PERINTANG 10K | 4 | RM 0.70 | RM 2.80 | |
6. | KAPASITOR BERKUTUB 10uF | 7 | RM 0.80 | RM 5.60 | |
7. | LED MERAH | 2 | RM 0.50 | RM 1.00 | |
8. | LED BIRU | 2 | RM 0.50 | RM 1.00 | |
9. | LCD JHD 162A (16 X 2) | 1 | RM32.80 | RM 32.80 | |
10. | SUIS PUSH BUTTON (RESET) | 2 | RM 0.50 | RM 1.00 | |
11. | KRISTAL 20MHz | 2 | RM 2.00 | RM 4.00 | |
12. | SENSOR PIR ( PASSIVE INFRA RED) | 1 | RM50.00 | RM 50.00 | |
13. | IC DS1307 | 1 | RM 7.00 | RM 7.00 | |
14. | VOLTAGE REGULATOR LM 7805 | 1 | RM58.90 | RM 58.90 | |
15. | CASING | 1 | RM13.80 | RM 13.80 | |
16. | KEYPAD | 1 | RM20.00 | RM 20.00 | |
17. | PIC 16F877A | 1 | RM19.00 | RM19.00 | |
18. | TRANSISTOR 2N2222 | 1 | RM 1.20 | RM0.70 | |
19. | DIOD | 1 | RM 0.60 | RM 0.60 | |
20. | BUZZER | 1 | RM1.40 | RM1.40 | |
JUMLAH KESELURUHAN | RM 214.00 |
8.RUJUKAN
RUJUKAN
ONLINE WEBSITE
1. PIC Project: Barcode Exam Entry February 1st, 2015 Posted at Project PIC
http://shahrulnizam.com/vb-project-fingerprint-attendance-system-barcode/
2. PIC Project: Barcode Cashier System January 18th, 2015 Posted at Project PIC
http://shahrulnizam.com/pic-project-barcode-cashier-system/
3. PIC Project: Barcode Micro Controller December 1st , 2015 Posted at Project PIC
http://microcontrollerslab.com/barcode-system-microcontroller/
4. WIKIPEDIA : 04:22 Posted 9 Mac 2013. https://ms.wikipedia.org/wiki/Kod_bar
5. waninursazwani PostedatApril2012 https://wanisazwani.wordpress.com/2012/04/01/
metodologi-kajian/
9. CARTA GANTT
CARTA GANTT
AKTIVITI | JAN | FEB | MAC | ||||||||||||||||||||||||||||||||
M1 | M2 | M3 | M4 | M1 | M2 | M3 | M4 | M1 | M2 | M3 | M4 | ||||||||||||||||||||||||
MENCARI TAJUK PROJEK TAHUN AKHIR | |||||||||||||||||||||||||||||||||||
MENCARI MAKLUMAT PROJEK | |||||||||||||||||||||||||||||||||||
MEMBUAT PENGENALAN DAN PENYATAAN MASALAH | |||||||||||||||||||||||||||||||||||
MEMBUAT OBJEKTIF DAN TUJUAN PROJEK | |||||||||||||||||||||||||||||||||||
MEMBUAT SKOP PROJEK | |||||||||||||||||||||||||||||||||||
MEMBUAT KAJIAN LITERASI DAN METODOLOGI | |||||||||||||||||||||||||||||||||||
MEMBUAT JANGKAAN HASIL DAN CARTA ALIR | |||||||||||||||||||||||||||||||||||
MENYENARAIKAN RUJUKAN | |||||||||||||||||||||||||||||||||||
MELAMPIRKAN LAMPIRAN | |||||||||||||||||||||||||||||||||||
MENCETAK KERTAS CADANGAN | |||||||||||||||||||||||||||||||||||
MENGHANTAR KERTAS CADANGAN KEPADA PENYELIA | |||||||||||||||||||||||||||||||||||
PERANCANGAN | |||||||||||||||||||||||||||||||||||
PELAKSANAAN | |||||||||||||||||||||||||||||||||||
⏩Alhamdulillah, itu saya yang dapat saya kongsikan dekat korang. Harap dapat membantu. And
wish u guys luck for Final Year Projek.
⏩ Maaf sekiranya tak lengkap. And sorry sbb idk why carta gantt tu jadi macam tu.
If u guys nak yang lengkap boleh email saya di yumnirosli@yahoo.com ataupun tinggalkan
email korang.