Dilarang Copy Paste

Rabu, 10 April 2019

PENGENALAN SISTEM BAHAN API DIESEL

PENERANGAN


1.    SISTEM BAHAN API
Sistem bahan api diesel terdiri daripada pepasangan am pam pancitan (injection pump general assembly). Pepasangan am pam pancitan terdiri daripada pengawal imbang (governer), pemasa (timer), pam suapan (feed pump) dan penganding (coupling). Komponen- komponen yang lain pula adalah seperti tangki bahan api (fuel tank), pemisah air (water separator), paip suapan bahan api (fuel feed pipe), penapis bahan api (fuel filter), paip limpah (overflow pipe), paip pancitan (injection pipe), dan pemancit (Injection nozzle) serta paip lebihan bahan api (fuel leak-off pipe). Rujuk rajah 1
Rajah 1 – GAMBARAJAH SISTEM BAHAN API DIESEL.

Pam pancitan dipandu pada setengah kelajuan enjin. Ini bermakna jika enjin berpusing pada 1000 RPM, pam pancitan akan berpusing 500RPM. Pengawal imbang pam pancitan untuk pembakaran enjin, terdapat suis peranti 2 tingkatan output yang mana suis ini berfungsi pada 2 tingkatan iaitu satu untuk pemanduan dan datu lagi untuk power take-off (PTO).

2.    PEPASANGAN PAM PANCITAN (PRODUK ZEXEL).

2.1  Pam Pancitan Jenis AD (Untuk Enjin Mitsubish 6D22).
Rajah 2 : PAM JENIS AD
Camshaft dipandu oleh enjin, yang mana kelajuannya adalah ½ kelajuan enjin. Camshaft ini disokong oleh tapper roller bearing pada kedua-dua hujungnya. Cam pada camshaft berfungsi untuk menyondol plunger dan ada cam yang menyondol feed pump.
Cara tapper beroperasi yang mana pump housing sebagai pemandu (guide) dalam membuat sentuhan dengan camshaft. Tapper ini berfungsi untuk menukarkan gerakan pusing cam kepada pergerakan turun naik plunger.
Plunger bergerak mengelungsur di dalam plunger barrel yang terkunci oleh dowel pin pada pam housing.
Delivery valve terpasangkan pada bahagian atas plunger oleh delivery holder, dan injection pipe dipasangkan pada holder.

2.2  Pam Pancitan Jenis P (Kecuali Enjin Mitsubish 6D22)
Rajah 3 : PAM JENIS P

Pam jenis ini dibina secara keseluruhannya tertutup dan terbina seperti pada rajah 3.
Plunger barrel, delivery valve, delivery valve spring, dan lainnya, dipasang dan terikat di sarung hujung di delivery valve holder. Ini menjadikan komponen ini sebagai satu unit pepasangan plunger block yang dipasangkan pada pump housing.



2.3  Plunger (Pelocok)
Rajah 4 : PLUNGER

Pada plunger terdapat alur menyerong, dan alur menegak, manakala plunger barrel  terdapat 2 lubang masuk dan keluar bahanapi (inlet-outlet fuel hole).
Tekanan suapan minyak bahan api bermula apabila plunger tertolok ke atas oleh cam camshaft, lalu menutup lubang inlet dan outlet yang terdapat pada plunger barrel. Apabila plunger tertolok lebih lagi ke atas, minyak bahan api akan terdiscas keluar melalui alur menegak di plunger dan terus ke lubang inlet-outlet.

CONTROL RACK (PAN JENIS AD)
CONTROL ROD (PAM JENIS P)
Rajah 5 : CONTROL RACK & CONTROL ROD UNTUK PAM JENIS AD & JENIS P

Pemesong dipasangkan pada pinggir plunger barrel supaya tekanan minyak bahan api yang terdiscas daripada liang inlet dan outlet tidak mengikis pump housing. Kuantiti pancitan bahan api di kawal oleh governor yang mengerakan control rod atau control rack ke kiri dan ke kanan lalu memusingkan control sleeve yang tersambung pada control rod atau control rack. Selagi driving face plunger sejajar masuk dengan control sleeve pada bahagian bawah disitulah, plunger berpuisng dengan pusingan control sleeve dan kuantiti pancitan dikawal terus melalui pertukaran lejang berkesan ( effective stroke).

Rajah 6 : EFFECTIVE STROKE

Lejang berkesan (effective stroke) bermaksud panjang lejang plunger dari masa apabila hujung atas plunger mula menutup lubang inlet-outlet di plunger barrel sehingga alur serong (oblique groove) mula membuka lubang inlet-outlet. Bila lejang berkesan berada pada kedudukan kosong, ini menunjukan tiada bahan api memenuhi ruang kosong.

2.4  Injap Penghantaran (delivery valve)


Rajah 7 : DELIVERY VALVE

Bahan api tekanannya bertambah apabila plunger menolok delivery valve ke atas lalu menyembur keluarkan bahan api. Semasa penghantaran bahan api berada dibawah tekanan pancitan sehingga plunger menolok habis, delivery valve tertolok kembali oleh delivery valve spring lalu cuba menutup laluan bagi menentang aliran bahan api.
Delivery valve terus menetang aliran bahan api sehingga delivery valve terduduk rapat pada permukaan duduknya. Kuantiti bahan api dipengaruhi oleh lejang semasa pergerakan ke bawah dari atas untuk menjadikanya rendah tekanan bahan api di dalam talian diantara delivery valve dengan muncung (nozzle). Kesan pergerakan turun ke bawah mempercepatkan potongang bekalan bahan api ke nozzle dan mencegah terjadinya titisan selepas pancitan.

Pengehenti injap penghantaran (delivery valve stopper), terletak di atas pegas injap penghantaran (delivery valve spring), had pergerakan naik oleh delivery valve bertujuan mencegah terjadinya kocakan injap (surging valve) semasa operasi elajuan tinggi. Ia juga mengurangkan kuantiti mati bahan api antara injap penghantaran (delivery valve) dan muncung (nozzle) dan seterusnya menstabilkan kadar pancitan.

2.5  Injap limpah (overflow valve)

Rajah 7 : DELIVERY VALVE OVERFLOW

Apabila tekanan bahanapi di dalam pam pancitan (injection pump) melebihi pada satu tekanan tertentu, bola besi (steel boll) di dalam injap limpah (overflow valve) terangkat ke atas untuk membenarkan bahan api keluar dari pam pancitan, dan kembali ke tangki bahan api (fuel tank), dengan itu akan menstabilkan suhu bahan api dan suhu teragih keseluruh pam pancitan, dan menstabilkan kadar pancitan malar ke setiap silinder enjin.

Isnin, 8 April 2019

VIDEO FIP DISTRIBUTOR VE-TYPE

PENERANGAN VIDEO TENTANG PAM PANICTIAN BAHAN API PENGAGIH JENIS VE/ FUEL INJECTION PUMP (FIP) DISTRIBUTOR VE-TYPE

OPERASI FIP PENGAGIH JENIS VE


MEROMBAK FIP PENGAGIH JENIS VE


MEMASANG KEMBALI FIP PENGAGIH JENIS VE


KALIBRASI FIP PENGAGIH JENIS VE

VIDEO INLINE FIP P-TYPE

VIDEO PENERANGAN PAM PANCITAN BAHAN API SEBARIS JENIS P/ 
INLINE FUEL INJECTION PUMP (FIP) P-TYPE 

OPERASI INLINE FIP P-TYPE


MEROMBAK INLINE FIP P-TYPE


MEMASANG KEMBALI INLINE FIP P-TYPE


KALIBRASI INLINE FIP P-TYPE



FIP